28 November 2009

Pre Match : Arsenal vs Chelsea

Atikah mulakan dahulu artikel ini dengan berita yang teramat-amat buruk.. Atikah yang baru saja pulang selepas berjumpa Wenger dan staf-staf perubatan Arsenal mahu mengesahkan yang Robin Van Persie mampu terlepas aksi sepanjang musim ini selepas kecederaan buku lalinya lebih teruk dari yang dikatakan staf perubatan Belanda..

Arsene Wenger jelas marah dengan pasukan perubatan Belanda dan FA Belanda kerana tidak menghantar Van Persie secepat yanmg mungkin apabila Van Persie mengalami kecederaan.. Van Persie dijangka akan ke Amsterdam minggu depan untuk menjalani pembedahan di buku lalinya..

Ini boleh membuatkan Van Persie terlepas aksi selama 4 hingga 5 bulan atau dengan kata lainnya sepanjang baki perlawanan musim ini.. Nampaknya pengurusan Arsenal terpaksa menyiapkan dana yang besar pada perpindahan musim sejuk ini untuk mencari penganti Van Persie sepanjang ketiadaannya..

Ivan Gazidis pula yang ditemu Atikah berkata dia masih belum ada sebarang klu tentang berapakah dana yang akan disediakan pengurusan Arsenal untuk musim perpindahan musim sejuk ini.. Apa-apa pun Atikah harap Van Persie cepat sembuh dari yang dijangka..

Dalam pada itu Atikah masih belum ada apa-apa kepastian tentang kemungkinan untuk Gallas beraksi.. Tetapi Atikah nak tegaskan di sini Wenger dan staf perubatan Arsenal mengesahkan yang kecederaan buku lali Gallas sudah pun pulih cuma masalah kecederaan matanya sahaja..

ALMUNIA
SAGNA-----SONG-----VERMAELEN------TRAORE
FABREGAS-----DENILSON------ROSICKY/NASRI
WALCOTT-----EDUARDO-----ARSHAVIN

Itulah barisan yang akan Atikah turunkan pada malam ini.. Apa-apa pun Atikah x kisahla siapa yang diturunkan malam ini asalkan Arsenal mampu menundukkan Chelsea dan membuktikan yang Arsenal masih mampu menang walaupun tanpa kehadiran Van Persie.. Adios!!

1 comment:

  1. Almunia
    Sagna--Gallas--Vermaelen--Traore
    Cesc--Song--Denilson
    Walcott--Eduardo--Arshavin

    tu seputra_reyes punya predicted' XI...dan mlm nie arsenal menang 2-1.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan