24 November 2009

News

Okey sebelum Atikah beritahu news terbaru kem Arsenal.. Atikah nak meredakan kekeliruan yang mungkin berlaku tentang kontrak Song.. Menurut spy Atikah dan diakui Wenger sendiri, Song telah pun mempebaharui kontraknya.. Kontrak sebelumnya hanya akan tamat pada tahun 2013.. Dan Song telah melanjutkan kontraknya selama setahun lagi yang menyaksikan Song akan kekal hingga 2014..

Bukannya seperti yang diberitahu dalam akhbar Malaysia yang mengatakan Song melanjutkan kontraknya sehingga 2015.. Ini semuanya diakui Wenger sendiri yang mengesahkannya pada press confrence semalam.. Dan menurut spy Atikah juga.. Gallas dan Rosicky sedang mengadakan perbincangan untuk lanjutan kontrak mereka..

Dan Gallas dilaporkan akan ditawarkan kontrak baru bulan depan dan menurut spy Atikah Fabregas juga berkemungkinan akan ditawarkan kontrak baru selewat-lewatnya tahun hadapan.. Ianya bergantung pada penilaian pihak pengurusan Arsenal tentang wajarkah menawarkan kontrak baru kepada Fabregas..

Eduardo telah pun menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal sebaik sahaja terdapat khabar angin yang Benitez bersedia membawa Eduardo ke Liverpool musim sejuk ini..

Penjaga gol no. 4 Arsenal yang semakin dipinggirkan sejak Fabianski kembali cergas iaitu Wojciech Szczesny membawa diri ke Brentford secara pinjaman sehingga 20 Disember ini.. Semalam Szczesny beraksi cemerlang dengan menyelamatkan sepakan penalti dalam debutnya bersama Brentford walaupun gagal membantu pasukannya dari kalah 1-0 kepada Wycombe..

Rhys Murphy juga baru menyertai Brentford secara pinjaman dan beraksi bersama mereka hanya beberapa jam disahkan dia dipinjamkan ke Brentford.. Murphy akan kekal di Brentford selama 3 bulan sehingga 24 February 2010.. Nampaknya ada 2 pemain Young Guns Arsenal menyertai Brentford secara pinjaman..

Tackle dari pemain Standart Liege iaitu Eliaquim Mangala dibayar mahal Arsenal apabila prospek hangat bek kiri Arsenal iaitu Kieran Gibbs terpaksa berehat selama 3 bulan selepas tulang metatarsalnya retak.. Itu tidak masuk beberapa cedera ringan selepas 3 bulan tidak beraksi seperti masalah hamstring.. Arsenal mungkin akan mendapat kembali khidmat Gibbs selewat-lewatnya pada awal bulan Mac..

Van Persie yang ligamen buku lalinya koyak terpaksa berehat hampir 2 bulan selepas diterjah Giorgio Chiellini semasa perlawanan persahabatan Belanda bertemu Itali 2 minggu lalu.. Van Persie dijangka kembali pada awal bulan Januari.. Namun Van Persie dijangka terlepas 2 perlawanan big 4 menentang Chelsea dan Liverpool.. Melainkan keajaiban berlaku..

Pemain terbaik tahunan Denmark tahun 2009 ini iaitu Bendtner yang baru lepas menjalani pembedahan groin pada 10 November lalu akan kembali bersama pasukan pada pertengahan bulan depan..

Clichy yang baru-baru ini menyuarakan kesudiannya mewakili England akan kembali bersama skuad Arsenal pada hampir penghujung bulan Disember selapas mengalami kecederaan belakang..

Abou Diaby juga akan menyertai Clichy untuk kembali training bersama skuad Arsenal pada hampir penghujung bulan Disember.. Sejujurnya Atikah mula nampak sedikit kemajuan dari Diaby yang mula tidak mempersia-siakan skillnya.. Tapi masih banyak benda yang perlu Diaby improve..

Fabianski yang beraksi cemerlang sewaktu menentang Liverpool tempoh hari terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan thigh injury.. Namun pada malam ini Fabianski akan bersama skuad simpanan Arsenal menentang Aston Villa sebelum Fabianski kembali berada di bangku simpanan Arsenal..

Gallas pula di dalam keraguan untuk beraksi menentang Chelsea hujung minggu ini selepas matanya tercedera semasa perebutan bola di udara bersama-sama Arshavin.. Dan Wenger juga mengatakan Gallas juga ada masalah dengan buku lalinya..

Kembalinya Djourou ke dalam skuad Arsenal masih lama lagi memandangkan dia sekarang ini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan lutut.. Namun apa yang pasti kita akan melihat kelibat Djourou semasa kempen musim hadapan bermula.. Adios!!

P/S : Sila ke blog Arsenal Ladies Malaysia untuk berita terkini Arsenal Ladies..

1 comment:

  1. Senderos rasa2 mcm nak kena jual jeh tgh musim nie...tak pun ujung musim nie dia blah jeh...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan