More bad news

Sebelum Atikah berikan berita buruk.. Atikah yang masih di London diberitahu yang Stan Kroenke semakin hampir mengambil alih Arsenal.. Atikah akan beritahu sebarang berita terkini tentang ambil alih Arsenal sebaik sahaja disahkan Kreonke membuat tawaran untuk mengambil alih Arsenal..

Jack Wilshere yang kembali beraksi selepas diketepikan akibat kecederaan belakang.. Sekali lagi mengalami kecederaan selepas beraksi selama 65 minit akibat kecederaan buku lali.. Peluang untuk Wilshere diturunkan pada perlawanan Piala Carling minggu depan menentang Man. City ialah 50-50..

Menurut spy Atikah Fran Merida semakin hampir menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal.. Namun bukan ini yang Atikah mahu ceritakan.. Penjaring gol semasa menentang Liverpool dalam saingan Piala Carling yang lalu ini disahkan tidak akan beraksi dalam Piala Carling minggu depan akibat digantung perlawanan..

Ianya disebabkan kad merah yang diterima Merida pada perlawanan skuad simpanan menentang Aston Villa yang lalu.. Nampaknya Arsenal perlu beraksi menentang Man. City minggu depan tanpa kelibat Merida..

Sementara itu Michael Ballack, Didier Drogba, Ashley Cole (Cashley Cole) dan Frank Lampard yang dijangka terlepas aksi menentang Arsenal hujung minggu ini disahkan cergas untuk beraksi.. Tapi Atikah tetap yakin Arsenal mampu memalukan Chelsea asalkan skuad Arsenal beraksi di tahap terbaik dan pasukan mana pun tidak mampu menandingi Arsenal..

Namun berita baiknya hanya Lukasz Fabianski saja yang akan kembali ke dalam skuad Arsenal selepas mengalami kecederaan.. Atikah rasa Fabianski akan disenaraikan di bangku simpanan Arsenal pada penghujung minggu ini..

William Gallas pula masih belum berikan sebarang berita baik untuk fan Arsenal apabila masih dalam keadaan 50-50 untuk perlawanan menentang Chelsea.. Gallas sekarang ini cuma mengalami masalah penglihatannya saja dan sekarang ini memakai contact lenses.. Masalah kecederaan buku lalinya sudah pun pulih jadi fan Arsenal marilah berdoa supaya mata Gallas cepat sembuh untuk mengelakkan dia terlepas aksi penting hujung minggu ini..

Namun jika Gallas gagal beraksi hujung minggu ini Atikah sarankan supaya Song diletakkan sebagai gandingan Vermaelen berbanding Senderos dan Silvestre dengan Denilson mengisi posisi DM dan Rosicky atau Nasri beraksi di posisi LCM..

Dikesempatan ini juga Atikah mahu mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua penyokong Arsenal beragama Islam dan pemain-pemain Arsenal yang beragama Islam terutama sekali pengunjung blog Arsenal Malaysia.. Adios Amigos !! Selamat Hari Raya Korban!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil