24 November 2009

Mesti menang !!

Perlawanan awal pagi ini mesti menang.. Itulah yang Atikah mahukan.. Skuad Arsenal perlu bangkit selepas kekalahan ke atas Sunderland hujung minggu lepas.. Dan untuk amaran kepada musuh setempat Arsenal iaitu Chelsea yang akan ditentang kita penghujung minggu ini.. Malangnya tiada live malam nie.. Tapi ada siaran tertunda di Astro Star Sport pada pukul 7.30 pagi esok..

Walaupun seri sudah mencukupi untuk mara ke pusingan kalah mati.. Tetapi Atikah lebih mahu Arsenal menjurai peringkat kumpulan untuk amaran yang Arsenal akan beri tentangan sengit dalam saingan kali ini.. Atikah akan turut serta ke Emirates Stadium malam ini..

Almaklumlah tengah cuti sekolah.. Lagi pun lepas tengok konsert penyanyi pujaan Atikah iaitu Taylor Swift semalam dekat Wembley Arena Atikah terasa berat hati nak meninggalkan London walaupun hati Atikah masih dilanda kekecewaan apabila pasukan Arsenal lelaki dan ladies tumpas di tangan Sunderland..

Sebenarnya Atikah x tahu nak tulis apa memandangkan banyak benda yang Atikah nak ceritakan.. Dan dalam masa yang sama cuba membiasakan diri selepas hampir 2 bulan tidak menulis blog.. Okey dikesempatan ini juga Atikah nak menyampaikan pendapat Atikah tentang siapa yang perlu dibeli Wenger musim sejuk ini..

Wenger telah menegaskan yang dia tidak akan membeli Chamakh musim sejuk ini.. Tetapi bagi pandangan Atikah Arsenal memang memerlukan seorang penyerang.. Tidak kisahlah sama ada Chamakh atau pun tidak.. Tetapi terdapat 2 calon yang Atikah rasakan sesuai untuk Wenger bawa ke Emirates..

Pilihan pertama Atikah ialah Huntelaar.. Iaitu rakan gandingan Van Persie di dalam skuad Belanda.. Walaupun Huntelaar berdepan kemerosotan sejak menyertai Real Madrid dan AC Milan, tetapi satu faktor yang tak boleh disangkal.. Iaitu merupakan gandingan berbisa bersama Van Persie..

Arsenal tidak berdepan sebarang masalah mahu membeli Huntelaar memandangkan AC Milan jelas bersedia melepaskannya selepas gagal beraksi cemerlang.. Cuma jika Huntelaar menyertai Arsenal dia tidak boleh beraksi di Champions League.. Tetapi bagi Atikah piala yang paling penting Arsenal perlu menang musim ini ialah EPL.. Namun Wenger mungkin perlu membida Huntelaar lebih kurang dengan nilai 15 juta euro..

Luis Alberto Suárez Díaz.. Mungkin tidak ramai yang mengenalinya.. Tetapi bukan Vermaelen.. Pemain yang lebih dikenali sebagai Luis Suarez ini baru berusia 22 tahun dan merupakan kapten Ajax sekarang ini.. Selepas beberapa bulan Atikah memerhatikannya Atikah berpendapat dia jauh lebih bagus dari Edin Dzeko..

Pemain kelahiran Uruguay ini mampu beraksi sebagai penyerang mahupun pemain sayap.. Dengan usianya baru berusia 22 tahun 56 gol dalam 78 perlawanan sudah cukup membuktikan kehebatannya.. Tetapi cuma satu persoalan iaitu mampukah dia beraksi cemerlang di England.. Dan adakah Wenger memerhatikannya??

Kalau Wenger tu pak cik Atikah memang Atikah akan sarankan Luis Suarez ini untuk dijadikan pemain yang perlu dibeli Wenger.. Tetapi apa yang pasti Wenger perlu beli seorang penyerang.. Dan bukannya menambah lagi pemain tengah atau pun pertahanan.. Hanya seorang saja pemain yang perlu di beli Wenger.. Iaitu pemain penyerang.. Adios!!

2 comments:

  1. harap arsenal menang.. kite tunggu dan saksikan! =)

    ReplyDelete
  2. sorang lag bro ibrahim afaley (psv)

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan