29 November 2009

Masalah sama berulang lagi

Atikah kali ini hanya mahu mengatakan tentang mengapa Arsenal mampu kalah semalam.. Jawapannya mudah iaitu jentera serangan Arsenal tumpul apabila banyak peluang disia-siakan.. Inilah maksud Atikah apabila pernah membahaskan tentang masalah ini pada awal musim ini.. Apa yang Atikah takutkan telah menjadi kenyataan..

2 perlawanan berturut-turut Arsenal gagal untuk menjaringkan sebarang gol di dalam liga.. Sejak Van Persie injured pemain Arsenal mula hilang punca dan hanya mengharapkan Fabregas dan Vermaelen untuk mencipta kejutan atau gol..

Eduardo yang diberikan peluang mengantikan tempat Van Persie gagal melakukannya.. Mudah kehilangan bola dan mempersia-siakan peluang.. Jika Eduardo mampu beraksi di tahap terbaiknya sudah semestinya Arsenal tidak akan tewas..

Arshavin pula masih belum mendapat sentuhan terbaiknya selepas mengalami kekecewaan apabila Russia tidak layak ke Piala Dunia.. Jika Arshavin lebih licik Atikah yakin Arshavin mampu menyumbat beberapa gol untuk Arsenal semalam..

Jika Wenger masih buat tidak tahu untuk membeli penyerang baru musim sejuk ini Atikah tidak terkejut jika Arsenal masih gagal memenangi sebarang piala melainkan striker-striker Arsenal mula bangkit bermula bulan Disember ini dan terus hebat sehingga tamat musim..

Atau pun Wenger memanggil semula Jay Simpson yang sedang dipinjamkan ke Queens Park Rangers.. Dari 14 perlawanan sudah 8 kali Simpson menjaringkan gol.. Simpson yang genap 21 tahun esok sememangnya patut dipanggil balik memandangkan jentera serangan Arsenal berhadapan krisis..

Itu satu pilihan jika Wenger tidak mahu membeli seorang penyerang atau gagal mendapatkan seorang penyerang semasa musim perpindahan musim sejuk.. Seorang lagi penyerang iaitu Sanchez Watt juga boleh dipanggil untuk mengatasi masalah ini..

Tapi walau siapa pun pilihan Wenger Atikah harap dia mampu mengantikan tugas Van Persie sebagai penyerang prolifik Arsenal.. Dan bangkitlah penyerang-penyerang Arsenal.. Dan The Gunners mari kita cipta rekod tanpa kalah dari bulan Disember hingga tamat musim untuk mencerah peluang memenangi EPL.. Adios!! ONCE A GUNNERS ALWAYS A GUNNERS!!

1 comment:

  1. Striker dan def midfield perlu dicari..
    Pemain holding masih tak de..
    Song dan Denilson belum mencapai tahap yang membangakan

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan