Kecewa Dan Mengecewakan


Kecewa!! itu jeh yang bermain dalam kepala seputra sekarang nie, selepa aksi hambar ditunjukan oleh Arsenal ketika melayan kunjungan Chelsea yang ternyata lebih berbisa dan mempunyai aura pembunuh yang tajam.Serba tak menjadi serangan Arsenal malam tadi walaupun kita mengawal perlawanan dengan 56% berbanding Chelsea hanya 44% saja.Menguasai perlawanan memang tak mencukupi untuk memenangi perlawanan terutamannya bertemu Chelsea yang musim ini nampak begitu kuat dan bertenaga sekali.Malahan hanya 2 percubaan tepat Arsenal ke pintu gol Chelsea, dan Chelsea memperoleh 4 percubaan tepat dan menghasilkan 3 gol yang mengaibkan Arsenal.




Kita mula terasa kehilangan bintang kita iaitu RvP yang cedera dan dijangka akan berehat selama 5 bulan selepas doktor perubatan Arsenal mengesahkan yang kecederaan beliau lebih teruk dari yang dijangkakan sebelum ini.Ini membolehkan Drogba membuktikan beliau menemui prestasi terbaik beliau sejak pemergian Mourinho ke Inter Milan dengan menyumbat 2 gol hasil umpanan Ashley Cole dan sepakan percuma yang gagal di tepis keluar oleh Almunia.Dan Vermaelen telah menjaringkan gol sendiri hasil gerakkan dari Ashley Cole,memang Cole akan terus di benci oleh peny0kong setia Arsenal untuk selamanya.



Cesc ternyata kecewa dengan persembahan ditunjukan Arsenal dengan setiap gerakan berjaya dipatahkan dengan mudah oleh pertahanan Chelsea yang nampak begitu kuat.Eduardo pemain yang diharapkan menjadi penganti RvP ternyata gagal sama sekali menunjukan aksi memukau beliau untuk 3 perlawanan berturut-turut sejak kekalahan kepada Sunderland minggu lepas dan ini menyebabkan Arsenal gagal menjaringkan sebarang gol dalam 2 perlawanan terakhir liga.Seputra harap Wenger boleh buat sesuatu memandangkan kita kekurang option pemain penyerang yang prolifik.Adakan kita perlu membeli pemain penyerang pada perpindahan Januari nnt???Tunggu dan lihat sajalah keputusan Wenger.


Sebelum seputra terlupa,smlm juga berlansungnya undian Pusingan Ketiga FA Cup dan nak tahu Arsenal berjumpa dengan sapa,Arsenal akan menentang West Ham di Uptown Park pada 2/3 Januari depan.Dan pada 2 Dis ini Arsenal sekali lagi akan bertemu dengan Man City pada perlawanan Suku Akhir Carling Cup dan berharap Arsenal akan dapat membelas dendam kekalahan memalukan tempoh hari yang mana Adebayor meraih gol mcm nak gila.Apa pun seputra harap sangat Wenger buat sesuatu dengan skuad sedia ada dengan memperkukuhkan serangan.Come on Arsenal!!! We Can Do It....Seputra harap musim ini menjadi musim yang membuahkan hasil dengan sekurang-kurangnya satu piala dalam genggaman.Go Arsenal Go!! jangan terGojol sudah la...Adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil