Hightlight Gol Wolverhampton vs Arsenal


Arsenal meneruskan kecemerlangan dengan menang selesa 4-1 ke atas Wolverhampton Wanderers pada saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, sekali gus merampas tempat kedua daripada Manchester United.


Arsenal kini memperoleh 36 mata daripada 11 perlawanan dengan kaptennya, Cesc Fabregas sekali lagi menyinar dengan membuat jaringan kesembilannya musim ini.

Dua jaringan awal Arsenal diperoleh menerusi jaringan sendiri oleh pemain Wolves. "Ia satu prestasi yang amat baik. Kami memulakan permainan dengan menguasai mereka dari mula hingga akhir," kata pengurus Arsenal, Arsen Wenger. Wolves kini jatuh di tempat ketiga tercorot.



Mereka bermula dengan baik tetapi gol sendiri menerusi Ronald Zubar dan Jody Craddock memusnahkan penguasaan mereka. Pada separuh masa kedua, Fabregas memperoleh jaringannya diikuti Andrei Arshavin untuk gol keempat Arsenal.

Gol sagu hati Wolves diperoleh menerusi Craddock. - Reuters

Comments

  1. xde apa lg selain tahniah.. mmg best ar dgn dibantu Zubar dan Jody Craddock, gerakan goal kombinasi RVP one touch to Fabregas tu mmg hensem.. tp gerakan goal yg terbest setakat ni pd aku goal fabregas vs spurs, solo beb, maut nyer..pastu gerakan gol utk diaby time lawan AZ Alkmar..gile ar passing dudu tu..

    ReplyDelete
  2. konsistensi tue penting... 13 game unbeaten.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil