24 November 2009

Gembira dan Duka

Okey Arsenal mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Champions League buat kali ke 10 berturut-turut selepas menang 2-0 mengatasi Standart Liege.. Namun dalam kegembiraan itu 3 pemain Arsenal disahkan mengalami kecederaan.. Atikah akan beri laporan kecederaan ini sebentar lagi..

Samir Nasri menjaringkan gol pertamanya buat Arsenal musim ini selepas hantaran jauh Vermaelen gagal dikawal kemas pertahanan Standart Liege sebelum Nasri bijak mengunakan kesempatan tersebut untuk menjaringkan gol pembukaan Arsenal pada minit ke 34..

Denilson yang kembali dari kecederaan kembali mengukuhkan kedudukannya dalam kesebelasan utama Arsenal apabila rembatannya dari 30 jarak meter tepat menerjah jaring Standart Liege pada minit ke 45..

Insiden inilah yang membawa Gallas dan Arshavin mengalami kecederaan.. Kedua-duanya berebut bola di udara.. Namun Arshavin dilaporkan akan beraksi pada perlawanan penting hujung minggu ini.. Tetapi Gallas pula didalam keraguan..

Gallas yang terpaksa dibawa keluar pada minir ke 44 mengalami kecederaan buku lali dan cedera di matanya.. Selepas Atikah bertanya kepada Colin Lewin dan Wenger.. Mereka meletakkan Gallas dalam keadaan 50-50 untuk beraksi hujung minggu ini..

Gibbs pula akan berehat agak lama selepas mengalami kecederaan patah tulang metatarsal.. Kecederaan yang sudah disyak staf perubatan Arsenal sebelum ini.. Dan ianya akhirnya berlaku dan Traore akan diberikan peluang untuk mengantikan Gibbs yang akan diketepikan selama 3 bulan..

Sanchez Watt pula menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal semalam.. Dan menurut spy Atikah juga telah Song menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal semalam yang akan menyaksikan dia kekal di Arsenal sehingga 2014.. Adios!!

1 comment:

  1. atikah,bukan patah tulang metatarsal la..retak je...heheh..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan