Fabregas merendah diri & Arshavin kecewa

Andrei Arshavin mendedahkan yang dia tidak mahu bermain bola lagi selepas kecewa apabila skuad kebangsaannya iaitu Russia gagal melayakkan diri ke Piala Dunia selepas mengejutkan dunia di EURO 2008..

Arshavin yang diberikan tanggungjawab sebagai kapten pasukan Russia jelas teramat-amat kecewa sehinggakan Wenger terpaksa meletakkannya di bangku simpanan semasa menentang Sunderland kerana kurang keyakinan diri..

Arshavin mengakui keluarganya banyak mendorongnya untuk fokus kepada Arsenal dan melupakan peristiwa hitam tersebut.. Tetapi menegaskan yang ianya lebih mudah untuk dikatakan berbanding melakukannya..

Nampaknya kemungkinan untuk Arshavin memulakan perlawanan menentang Chelsea malam ini sangat-sangat tipis jika keyakinan dalam diri Arshavin masih kurang.. Kita tahu sajalah si Wenger tu bukannya nak turunkan pemain yang tidak mampu fokus 100% pada perlawanan..

Atikah harap Arshavin cepat-cepatlah kembali kepada keadaan asal dan fokus untuk membantu Arsenal menamatkan kemarau trofi selama 4 tahun.. Terutama sekali dengan ketiadaan Van Persie yang dijangka terlepas aksi sepanjang musim akibat kecederaan..

Fabregas yang dipilih pemain terbaik bulan Oktober masih merendah diri apabila segala pujian dilemparkan kepadanya selepas aksi memukaunya bersama Arsenal sepanjang musim ini.. Dengan mengatakan Aaron Ramsey, Jack Wilshere dan Fran Merida jauh lebih bagus darinya..

Aaron Ramsey yang dari pandangan Atikah merupakan the new Fabregas nampaknya sama pendapat dengan Fabregas.. Fabregas menegaskan jika dia bermain dengan leka Ramsey mampu mengambil tempatnya dalam skuad Arsenal..

Fabregas memang sungguh merendah diri bukan.. Dan sifat tanggungjawabnya pun semakin bagus dan aksi Fabregas yang bagus tidak menghalangnya daripada memuji pemain-pemain muda yang lain.. Memang bagus betul si Fabregas nie.. Contoh bagus untuk Young Guns Arsenal..

Malam nie siaran langsung Arsenal VS Chelsea di Astro ESPN pukul 11.55 malam.. Jangan ketinggalan.. Atikah predict Arsenal menang 3-1.. Lagu bagus kalau dapat malukan Chelsea.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil