26 November 2009

Clichy dedahkan

Atikah yang masih di London dan akan kembali ke Malaysia sebaik sahaja tamat perlawanan penting di antara Arsenal dengan Chelsea hujung minggu ini sempat menemu ramah Gael Clichy dan mengorek sedikit rahsia di kem Arsenal..

Clichy mendedahkan yang sebenarnya Bendtner amat menyukai warna pink.. Hampir kesemua bajunya berwarna pink.. Walaupun agak pelik bagi seorang lelaki memakai pink tapi bagi Bendtner boot warna pinknya itulah yang banyak menyelamatkan mata berharga untuk Arsenal..

Alex Song yang baru sahaja melanjutkan kontraknya dilaporkan Clichy yang Song teramat menyukai warna pink dan cara pemakaian Bendtner.. Dan Clichy juga mengatakan fesyen Song kadang kala agak ketinggalan tapi Clichy menyukai cara Song berfesyen..

Clichy juga sempat memberikan pandangan peribadinya tentang Kolo Toure dan Thomas Vermaelen.. Bagi Clichy Vermaelen memang penganti yang sesuai untuk Toure memandangkan kekentalan Vermaelen hampir sama seperti Toure.. Inilah kata-kata Clichy.. " Kolo Toure merupakan bekas pemain Arsenal yang paling kuat dan kini kami ada Vermaelen.. Beliau seorang yang keras dan pada pandangan saya itulah kriteria yang diperlukan bagi seorang pemain pertahanan.."

Wenger juga mendedahkan yang Wenger sering memberikan layanan istimewa kepada pemain baru.. Pada awal tahun ini Arshavin merupakan anak emas Wenger.. Kini Vermaelen mendapat layanan yang serupa seperti yang pernah Arshavin rasakan dulu.. Tetapi Wenger tetap ambil berat dengan pemain-pemain yang lain juga..

Clichy juga menyifatkan semangat berpasukan Arsenal amat baik.. Dan nak tahu siapa kawan baik Clichy di kem Arsenal?? Van Persie, Sagna dan Walcott merupakan sahabat baik Clichy..

Clichy jelas mempunyai hubungan yang lebih rapat bersama Walcott apabila Clichy mengakui mereka sering melakukan aktiviti bersama-sama terutama sekali bermain go kart dan paint ball..

Clichy juga mendedahkan sebenarnya Eboue seorang yang sering berjenaka dan sering menceriakan bilik persalinan.. Ini sajalah rahsia yang berjaya Atikah korek daripada Clichy.. Insyaallah Atikah akan cuba mengorek rahsia di kem Arsenal jika berkesempatan..

Frank Lampard yang dijanka terlepas aksi menentang Arsenal hujung minggu ini dilaporkan akan beraksi apabila Lampard pulih lebih cepat dari jangkaan.. Ini sudah semestinya agak mencemaskan fan Arsenal.. Tetapi jika Arsenal beraksi dengan cemerlang mana-mana pasukan pun tidak mampu menandingi kehebatan Arsenal.. Adios!!

2 comments:

  1. atikah!! cepat la balik malaysia.....heee....

    ReplyDelete
  2. ahaks!
    xkre la cmne pn..
    arsenal ttp de pluang untuk mmnangi trofi season nie..
    lupekan kklahan lalu..
    turning point: beat chelsea!!

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan