Bergkamp kembali ??

Sebelum Atikah ceritakan pasal Dennis Bergkamp.. Ada 2 perkara yang Atikah beritahu terlebih dahulu.. Semalam Fabianski yang kembali beraksi diturunkan pada perlawanan skuad simpanan Arsenal menentang Aston Villa.. Namun malangnya Fabianski gagal membantu pasukan tewas 2-1 selepas Fran Merida dibuang padang walaupun Sanchez Watt meletakkan Arsenal di hadapan terlebih dahulu..

Atikah x sabar nak melihat Fabianski kembali berada di bangku simpanan Arsenal hujung minggu ini pada perlawanan menentang Chelsea.. Dan Atikah harap Fabianski meneruskan kecemerlangannya menjaga gawang Arsenal sambil mengimprovekan diri dari semasa ke semasa selepas pulih daripada kecederaan..

Sebelum ini Wenger memberi amaran kepada anak-anak buahnya supaya melupakan terlebih dahulu Piala Dunia.. Walcott yang sering disebut-sebut di bawa ke Afrika Selatan tahun hadapan menyuarakan pendiriannya untuk melupakan seketika tentang Piala Dunia.. Dan Walcott juga bersedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan Van Persie yang akan berehat sehingga bulan Januari akibat kecederaan..

Dennis Bergkamp telah menyuarakan keingginannya kembali ke England sebagai jurulatih.. Namun tidak mahu mengambil tugas sebagai pengurus pasukan.. Dan ramai fan Arsenal pasti gembira jika Bergkamp menjadi staf kejurulatihan Arsenal untuk mendidik penyerang Arsenal..

Tetapi tentang kepastian Bergkamp menjadi jurulatih di Arsenal Atikah tidak dapat nak pastikan.. Tetapi sememangnya Atikah berharap Wenger memanggil Bergkamp untuk melatih penyerang-penyerang Arsenal memandangkan Bergkamp merupakan pemain kesayangan fan Arsenal dan merupakan lagenda Arsenal.. Adios!!

Comments

  1. Bergkamp adalah one of the true legend sebab ketika zaman wenger, susah nak jumpa player bertaraf bintang yang menamatkan karier di Arsenal.

    Kalo dia diserap dalam coaching staff, he deserve it. dan walaupun dia kata tanak jadi manager, tapi mana tau satu hari nanti bila dah cukup ilmu di dada, dia mampu membariskan nama sebegai pengurus terbilang di masa akan datang.

    Wenger, sain kontrak dia cepat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil