Arsenal vs Barcelona?

Kadang-kadang saya tertanya-tanya gak. Kenapa nak bandingkan Arsenal dengan Barcelona. Memang! Kedua-dua kelab ni bermain 'beautiful football'. Ada yang kata, Arsenal masih jauh kalau nak dibandingkan dengan Barca. Arshavin sendiri pun pernah menyatakan Arsenal kekurangan 2 pemain berbanding Barca. Tapi saya tak besetuju. Mari kita sama-sama buat perbandingan antara pemain Barca dangan pemain Arsenal. Dalam kurungan adalah menunjukkan pasukan yang lebih baik dalam posisi tersebut.

Gol Keeper- Almunia dan Valdes. Dari segi pengalaman sememangnya Valdes lebih berpengalaman. Dia terlebih dahulu bermain sebagai Gol Keeper  utama untuk Barca berbanding Almunia yang dapat bermain selepas pemergian 'the Great' Jens Lehmann. Namun, pada saya abiliti Almunia lebih bagus daripada Valdes. Kekurangannya, Almunia sering hilang fokus. Dia perlu elakkan perkara tersebut jika dia menanam hasrat untuk menjadi Gol Keeper terulung dunia. (BARCA)


Bek Kanan- Arsenal sering menggunakan Sagna sebagai bek utamanya. Manakala Barca, Dani Alves. Sagna bagus dalam bertahan dan menyerang. Alves pula lebih banyak meluangkan masa lapangnya dalam membuat serangan berbanding bertahan. Tak seimbang berbanding Sagna. Namun ape pun Sagna jauh lebih efektif dalam kedua-dua aspek. (ARSENAL)

Bek Kiri- Sejak dulu lagi Arsenal memang tak putus-putus mempunyai bek kiri terulung dunia. Sekarang giliran Gael Clichy memegang jawatan penting tersebut. Timbalannya, Kieran Gibbs. Bek kiri Barca pula bukanlah sesuatu posisi yang boleh dibanggakan. Barca tidak mempunyai bek kiri yang betul-betul mantap dan seringkali bertukar-tukar. (ARSENAL)

Bek Tengah- Gallas/Varmaelan. Saya akui, memang ini bukan gandingan terbaik yang Arsenal ada. Tapi gandingan ini sudah pasti lebih daripada cukup untuk membawa pulang trofi pada musim ni. Pada saya, Gallas semakin kekurangan abiliti untuk bermain pada tahap terbaiknya. Tapi, kekurangan itu telah berjaya ditutup oleh keserasiannya dengan Varmaelan. Varmaelan memang layak untuk bermain di Arsenal. Dia bukan saja dapat bertahan dengan sempurna bahkan dapat menjaringkan gol untuk Arsenal. Pada saya, dia adalah kapten untuk barisan pertahanan Arsenal. Barca pula mempunyai Marquez/Puyol. Pique juga berpotensi menjadi antara bek terbaik dunia. Tak syak lagi Puyol memang berada dalam kelasnya tersendiri.  Abilitinya juga lebih baik berbanding bek-bek lain. Tapi zaman terbaiknya mungkin semakin meninggalkan dia. (ARSENAL)

Midfield Kanan-Walcott adalah senjata utama Arsenal pada sebelah kanan padang. Ketiadaannya mengurangkan abiliti pasukan untuk menyerang. Walaupun Arsenal masih mempunyai ramai pemain-pemain lain yang mampu menggantikan tempatnya namun Theo Walcott adalah pemain yang terbaik untuk beraksi sebelah kanan. Kelajuannya dan helahnya amat berbisa. Barca pula sering meletakkan Messi dalam posisi kanan mereka. Tak perlu diperdebatkan lagi tentang pemain pujaan dunia masa kini. Saya akui Messi lebih berbisa berbanding Walcott. Namun, masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahannya yang masih tidak matang dalam permainannya. (BARCA)

Midfield Kiri- Saya masih keliru dengan pemain posisi midfield kiri Arsenal yang terbaik. Sama ada Rosicky, Nasri, Diaby, Vela, atau Arshavin. Semua pemain ini pernah bermain di posisi mifield kiri Arsenal. Pada saya mana pemain yang mengisi posisi ini adalah bagus semuanya. Barca pula sering meletakkan Iniesta. Iniesta mungkin lebih bagus jika nak dibandingkan dengan Vela dan Diaby. Tapi tak mungkin lebih bagus berbanding Arshavin. (ARSENAL)

Midfield Defensive- Antara Yaya dan Song mana lebih baik?..Permainan Song semakin hari semakin meningkat. Semakin mengujakan. Tapi kekurangan efektif dalam menyerang. Yaya pula terbukti kemampuannya dalam memberi sokongan untuk pertahanan dan membantu serangan. (BARCA)

Midfield Serangan- Cesc Fabregas. Saya akan bangkang sesiapa pun yang menafikan kepentingannya untuk Arsenal. Ketajamannya melihat sebarang peluang untuk membuat hantaran dan lorongan betul-betul mengujakan peminat. Kematangannya dalam permainan kita boleh lihat game demi game. Barca pula lebih banyak bergantung pada Henry dan Xavi. Tak dinafikan Henry adalah lagenda di Arsenal. Tapi yang membuatkan Henry adalah lagenda adalah faktor betapa pentingnya dia terhadap pasukan. Berlainan di Barca, khidmatnya seakan-akan tak perlu pun takpe. Xavi pula memang efektif di bahagian tengah. Dia mampu menjana pasukan untuk membuat serangan demi serangan. Namun, Xavi kekurangan kreativi berbanding Fabregas. (ARSENAL)

Striker- Ibrahimovic?..Macam xperlu jer dia kat Barca. Antara Ibra dan Persie, pada saya Persie lebih bagus daripada Ibra. Permainan Ibra terlalu kebunga-bungaan. Skill-skill yang digunakan kadang-kadang tak kena pada masanya. Permainan Persie pula, semakin bertambah maju. Dia memang berkebolehan untuk menjadi striker utama Arsenal yang mampu menjaringkan lebih 20 gol untuk Arsenal dalam semusim. (ARSENAL)

Pemain Simpanan- Arsenal lebih ramai pemain simpanan yang berbakat berbanding Barca. Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Carlos Vela, Vito Mannone, Aaron Ramsey Fran Merida dan banyak lagi pemain muda yang berbakat menunggu masa untuk bermain pasukan utama. (ARSENAL)

Sekarang siapa cakap Barca lebih bagus?..yang penting mentaliti. Think it, choose it..

http://faizzer.blogspot.com

Comments

  1. salam bro.
    for u la arsenal..
    takut tak..kalo cesc buat keputusan masuk barca..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. takut gak..haha~ Ramsey pun x begitu matang lagi walaupun berpotensi utk menjana serangan Arsenal. Takut dia menjadi seperti Joey Barton, berpotensi tapi sia-siakannya.

    ReplyDelete
  3. totally wrong bout cesc and xavi..tak dinafikan fabregas memang sangat bagus..tapi kalau nak dibanding dengan xavi..experience-teknikal-passing-intelligent-dribble- xavi lebih mantap..fabregas drible kurang..cuma hantaran fabregas sangat cantekk dan tepat pada masa tidak kira jauh atau dekat..

    p/s: aku bukan fan barca..aku fan arsenal..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil