04 November 2009

Arsenal adalah pemusnah

LONDON - Cesc Fabregas mahu Arsenal menjadikan pertemuan Liga Juara-Juara menentang AZ Alkmaar di Emirates hari ini untuk mempertajamkan penyudah gol pasukan itu.

Fabregas ternyata kurang senang dengan cara skuad Arsene Wenger melepaskan gol penyamaan pada babak akhir menentang AZ selepas mendominasi perlawanan di Belanda dua minggu lalu.

Apa pun, Arsenal masih kukuh pada landasan untuk layak ke peringkat kalah mati selepas mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan awal Kumpulan H.

Sebagai ketua pasukan Gunners, Fabregas sedar mereka perlu membina pendekatan 'tiada belas kasihan' hingga ke penghujung perlawanan jika mahu memenangi kejohanan tersebut.

Hanya beberapa hari selepas kecewa diikat juara Belanda itu, Arsenal menyerahkan kelebihan dua gol awal tetapi akhirnya seri 2-2 dengan West Ham.

Pemain tengah Sepanyol itu yang menjaringkan gol ketika pasukannya menang 3-0 ke atas pasukan musuh di Tottenham, berharap rakan sepasukan belajar daripada kegagalan mempertahankan kelebihan ketika mereka cuba untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan pada perlawanan di Stadium Emirates.

"Kami perlu belajar daripada perlawanan ini. Kami harus melakukan lebih baik.

"Sudah tentu kami harap dapat menjaringkan empat atau lima gol pada setiap perlawanan tetapi kami perlu sedar kadang kala ia bukan cara dalam bola sepak.

''Untuk menang, anda perlu tidak harus melakukan kesilapan dan bekerja keras untuk menguasai bola dengan lebih baik.

"Namun, lazimnya memang sukar beraksi dalam liga Juara-Juara dan mendapatkan keputusan yang baik, jadi kami tidak boleh terlalu kecewa kerana seri dengan AZ.

"Satu lagi yang positif ialah kami menjaringkan gol, iaitu perkara yang sukar dilakukan dalam bola sepak, yang mana ramai yang memperkatakan tentang kami.

"Namun, ada harinya ketika kami tidak dapat menjaringkan gol, jadi kami perlu menamatkan permainan dengan cara yang lain, iaitu dengan cara melakukan lebih banyak hantaran dan terus menguasai permainan,'' kata Fabregas.

Jika pasukan Wenger yang belum kalah dalam 11 perlawanan mampu menjelmakan aksi seperti mana ketika memusnahkan Spurs, Sabtu lalu, mereka sepatutnya mengalahkan Alkmaar dan semakin menghampiri saingan kelompok 16 pasukan buat musim ke-10 berturut-turut.

Menang 1-0 ke atas Groningen merupakan kemenangan kedua Alkmaar dalam lima perlawanan dan pasukan bimbingan Ronald Koeman itu kekal 14 mata di belakang pendahulu Liga Belanda, FC Twente.

Wenger yakin kejayaan Arsenal esok dan musim ini, bergantung pada keupayaan Robin van Persie untuk mengekalkan prestasi cemerlangnya ketika ini.

Van Persie, 26, semakin cemerlang dengan peranan barunya di tengah di antara tiga penyerang Arsenal menjaringkan tujuh gol dalam tujuh perlawanan terakhir.

Dua golnya ketika menentang Spurs, mendorong Wenger menyifatkan penyerang Belanda itu sebagai pengganti kepada legenda Arsenal, Thierry Henry dan Dennis Bergkamp.

''Cara permainannya penting kerana apabila dia menerima sentuhan pertama, ia sentiasa sempurna. Ini membolehkan pemain lain turut serta.

"Ia menjadikan semua orang dalam bahaya. Dia bijak ketika di dalam kawasan penalti, dia pintar,'' kata Wenger.

Dalam pada itu, walaupun penyerang Denmark, Nicklas Bendtner sebulan tidak beraksi kerana cedera, barisan serangan pilihan Wenger sepatutnya lebih baik berbanding AZ.

Penyerang Perancis, Samir Nasri mengharungi 90 minit perlawanan pada penampilan pertama musim ini selepas patah kaki manakala Tomas Rosicky, yang kembali beraksi pada September lalu selepas 18 bulan tidak beraksi, mungkin beraksi selepas cedera mengejut. - AFP





No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan