West Ham vs Arsenal

Berikutan ketiadaan Atikah, saya mengambil alih buat sementara waktu walaupun kurang mempunyai masa di sini. Sungguh pun begitu, blog mesti diteruskan walaupun pelbagai rintangan yang senantiasa cuba menghalang penulisan ini.

Malam ini perlawanan antara West Ham United di bawah pengendalian bekas pemain Chelsea, Zola vs Arsenal (Arsene Wenger). Kini Arsenal masih kurang 2 perlawanan dari pendahulu liga, Chelsea, andaikata 2 perlawanan ini menang. Kita seiring dan sejalan di dalam memburu piala pada musim ini.

Arsene Wenger pasti masalah untuk memilih siapakah yang bakal mengemudi tempat penjaga gol pada ketika ini kerana ke semua penjaga gol mampu beraksi pada tahap ini.

Saya berharap Arsenal dapat mengekalkan rentak kemenangan pada pagi ini dengan keputusan yang pasti mengembirakan semua penyokong Arsenal.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil