Wenger nafi dakwaan Ade.



Arsene Wenger telah menafikan dakwaan dari Emmanuel Adebayor yang mengatakan Cesc Fabregas akan meninggalkan Arsenal.

Bekas penyerang Arsenal itu telah berkata bahawa pemain tengah Sepanyol itu mungkin akan meninggalkan Stadium Emirates pada hujung musim ini sekiranya Arsenal gagal untuk melayakkan diri ke kejohanan Liga Juara-Juara pada musim depan.

Walaubagaimanapun, Wenger telah menafikan dakwaan pemain antarabangsa Togo yang telah mencetuskan kemarahan penyokong Arsenal sewaktu perlawanan menentang bekas kelabnya bulan lalu.

Wenger berkata,"Sebenarnya saya langsung tidak mengiraukan apa yang dikatakannya. Kenapa harus saya bertindak terhadap kenyataan yang tidak tepat?

"Apa yang penting buat saya ialah kami beraksi dengan baik pada hari esok. Selain dari itu, kami harus terima apa yang orang mahu katakan kepada kami namun ia sebenarnya tidak penting"

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil