Wenger - I will not name the next manager


Okey Atikah baru sahaja siap buat post match perlawanan Arsenal Ladies yang menang 8-1 hari ahad yang lalu.. Atikah terlupa nak buat semalam disebabkan terlalu risau dengan krisis si kapten Fabregas kita itu.. Jadi silalah kunjungi blog Arsenal Ladies untuk post match perlawanan tersebut..

Atikah masih belum mengetahui apa masalah keluarga yang dialami Fabregas itu.. Tetapi Atikah nak minta semua fan Arsenal jangan berfikiran negatif tentang krisis ini.. Fikirkan perkara positif.. Dan Atikah juga yakin yang Fabregas akan kembali sabtu ini..

Wenger pula mengatakan yang dia tidak mahu memberikan calon pengantinya sewaktu dia meninggalkan Arsenal nanti.. Dan dia juga mahu berikan skuad yang bagus untuk pengantinya.. (Atikah rasa bila Wenger pergi nanti semua pemain akan pergi.. Terutama sekali Fabregas.. Jadi penganti Wenger perlu bina skuad yang baru melainkan jika pengantinya ialah bekas pemain Arsenal yang kini merupakan lagenda Arsenal..)

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan kelab.. Tapi saya percaya perkara yang paling penting di kelab ialah semua orang lakukan kerja yang di bayar untuk dia lakukannya.. Dan bukan yang sebaliknya.."

"Jika mereka minta (calon pengantinya).. Saya akan berikan pandangan.. Tapi saya tidak akan menamakan pengurus tersebut kerana ianya bukan kerja saya.. Dan saya tidak suka lakukan kerja yang lain dari perkerjaan saya.."

"Apabila saya tinggalkan kelab ini suatu hari nanti.. Saya akan tinggalkan pasukan yang bagus.. Dan berikan pengurus baru lakukannya dengan lebih bagus.. Saya mahu tinggalkan pasukan yang ada potensi.. Bukannya pasukan yang tiada sesiapa lagi.."

Di sini juga Atikah nak berikan calon-calon penganti Wenger yang terdiri dari lagenda Arsenal yang bagi Atikah cukup berpotensi untuk menjadi pengurus baru Arsenal..

Tony Adams sudah semestinya berada dalam senarai Atikah ini.. Tony Adams sendiri bersedia untuk menguruskan Arsenal suatu hari nanti.. Tetapi Tony Adams perlukan pengalaman yang secukupnya sebelum menguruskan Arsenal..

Dennis Bergkamp juga merupakan calon berpotensi dan Bergkamp sendiri tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran Arsenal untuk menjadi barisan jurulatih di Arsenal.. Bergkamp kini mengendalikan pasukan Belanda B..

Inilah 2 calon yang Atikah rasakan terbaik untuk menjadi pengurus Arsenal apabila Wenger meninggalkan Arsenal nanti.. Bekas pemain Arsenal yang lain pula yang masih aktif berkemungkinan juga menguruskan Arsenal suatu hari nanti.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil