Walcott - Fabregas could be unstoppable

Okey sebelum Atikah bercerita panjang.. Atikah nak beritahu yang semalam skuad simpanan Arsenal menang 2-0 mengatasi skuad simpanan Chelsea.. Dan Ignasi Miguel dan Oguzhan Ozyakup menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal.. Nak tahu laporan lanjut sila ke blog Arsenal Reserves Malaysia..

Semalam Man. City seri 1-1 dengan Aston Villa dan membuatkan Arsenal jatuh ditempat ke lima.. Tetapi jangan risau Arsenal hanya ketinggalan 1 mata dengan Man.City dan Tottenham .. 4 mata ketinggalan di belakang MU dan 6 mata dibelakang Chelsea.. Tetapi perlu dingatkan yang Arsenal memiliki 1 perlawanan dalam tangan (Man. City juga)..

Walcott meluahkan yang dia yakin jika Fabregas beraksi seperti menentang Blacburn tempoh hari tiada siapa mampu hentikan Fabregas mahu pun Arsenal (mahu pun Arsenal tu Atikah tambah sikit)..

"Jika dia main seperti lawan Blackburn.. Tiada siapa pun yang mampu menghentikan Fabregas musim ini.. Dia cukup mengkagumkan untuk bermain bersama.. Dia masih muda dan dia ada banyak tekanan yang diletakkan di bahunya.. Tetapi dia cukup mengkagumkan untuk belajar darinya.."

Walcott yang menjaringkan gol dalam debutnya dan gol ke-200 Arsenal di Emirates Stadium mengatakan yang gol tersebut didedikasikan untuk Fabregas yang melorongkan bola kepadanya..

"Dia berikan bola kepada saya untuk gol tersebut dan saya tidak perlu berlari untuk mendapatkannya.. Itulah kehebatannya.. Ianya sukar untuk beraksi baik seluruh musim.. Dia baru 22 tahun tetapi dia berada di sini sudah lama.. Dia ialah kapten kami dan dia lakukan kerjanya dengan bagus sekali.."

Walcott juga bersedia untuk menjaringkan lebih kurang 10 gol musim ini dengan formasi 4-3-3 di mana Walcott bersedia menjadi penyerang di bahagian kanan seperti yang dilakukannya semasa masih di Southampton dulu..

Sama ada anda sedar atau tidak.. Sebenarnya Fabregas semakin matang dan semakin selesa dengan tugasan baru dan tekanan yang diletakkan di bahunya.. Jika musim lepas.. Kewibawaannya sebagai kapten pasukan sedikit dipersoalkan..

Tetapi musim ini Fabregas membuktikan yang dia mampu menjulang Arsenal ke puncak seperti di zaman kegemilangan Arsenal dahulu.. Dan kesabaran dan kepercayaan Atikah dan segelintir fan Arsenal tentang kemampuaan Fabregas sebagai kapten Arsenal semakin membuahkan hasil..

Sejujurnya Atikah tidak pernah meragui kemampuan Fabregas untuk menjadi kapten pasukan Arsenal.. Fabregas perlukan masa untuk menselesakan diri sebagai kapten pasukan.. Kerana tugasan ini cukup berat untuk dipikul mana-mana pemain..

Dan dalam masa yang sama ianya suatu penghormatan.. Tetapi inilah fan Arsenal.. Tidak sabar-sabar untuk melihat kewibawaan Fabregas semasa jadi kapten Arsenal dulu.. Kita perlu ingat Fabregas jadi kapten sewaktu berusia 21 tahun bukannya 31 tahun.. Dan ini adalah kali pertama Fabregas jadi kapten..

So berikan masa untuknya.. Dan kita sendiri boleh lihat kepercayaan kepada kewibawaan Fabregas semakin menjadi musim ini.. Dan seperti Atikah katakan dulu tidak mustahil jika Fabregas muncul sebagai kapten terbaik Arsenal nanti.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil