14 October 2009

Vermaelen lagi

Thomas Vermaelen yang masih lagi segar dengan kejayaannya mendapatkan lilitan kapten Belgium diberikan penghormatan sekali lagi oleh fan Arsenal apabila disahkan menjadi pemain terbaik bulan September..

Vermaelen mendapat undian sebanyak 39.4% mengatasi Buffon Arsenal iaitu Vito Mannone yang hanya mendapat undian sebanyak 19.5% dengan Van Persie berada di tempat ketiga dengan undian sebanyak 19.29%

Untuk anugerah pemain terbaik bulan september blog Arsenal Malaysia.. Pemenangnya tetap sama dengan Vermaelen mengutip undian sebanyak 53%.. Fabregas mengejutkan Atikah apabila menerima undian sebanyak 23% mengatasi Mannone dengan 13%.. Van Persie pula menerima undian sebanyak 9% dan Wilshere menerima undian sebanyak 2%..

Okey buat masa ini Atikah masih belum mengetahui tentang keadaan terkini Fabregas sama ada dia akan mengetuai Arsenal pada hujung minggu ini.. Kecederaan Walcott juga Atikah tidak tahu.. Dan Atikah dengar Gallas dalam keraguan.. Atikah akan informkan sebarang berita terkini tentang masalah ini esok..

Tetapi Atikah boleh berikan berita baik tentang Nasri.. Atikah yang baru berjumpanya sempat berbual dengannya.. Dan Nasri mengatakan yang dia bersedia menyertai pasukan hujung minggu ini.. Tetapi Nasri menjangkakan dia akan beraksi pada 25 Oktober ini semasa menentang West Ham..

Sementara itu khabar angin semakin bertiup kencang apabila dilaporkan Merida akan meninggalkan Arsenal dan akan menyertai Atletico Madrid terutama sekali apabila kontraknya berakhir Jun 2010.. Dan Merida telah pun menolak tawaran lanjutan kontrak dari Arsenal selama 5 tahun.. Tetapi Merida menegaskan yang dia mahu berfikir dahulu yang mana yang terbaik untuknya.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan