(TERKINI!) Theo Walcott berdepan kecederaan selama 4 minggu!

Bintang muda Arsenal, Theo Walcott yang berdepan dengan kecederaan lutut dilaporkan akan berehat sekurang-kurangnya 4 minggu selepas diterjah keras oleh pemain Birmingham City, Liam Ridgewell kelmarin.

Walcott mendapat kecederaan ligamen lutut sewaktu pasukannya membenam Blues 3 -1 di Stadium Emirates.

Pemain antarabangsa England itu membuat penampilan sulungnya musim ini setelah berehat panjang sejak musim panas lalu setelah masalah belakang dan kini berdepan dengan kecederaan baru yang memaksa beliau kembali menghabiskan masa di bilik rawatan.

Apa yang pasti, Theo Walcott akan terlepas beraksi buat pasukannya apabila Arsenal akan berkunjung ke Belanda untuk pertembungan dengan AZ Alkmaar dan dia seperti masih tidak bersedia untuk diturunkan sewaktu The Gunners melayan kunjungan AZ Alkmaar di Stadium Emirates pada 4 November nanti.

Dia juga akan terlepas beraksi di Liga Perdana menentang West Ham United, Piala Liga berdepan dengan Liverpool di laman sendiri dan berkunjung ke Utara London bagi perlawanan derby antara The Gunners dan Tottenham Hotspurs pada 31 Oktober.

Bos The Gunners memberitahu Arsenal Malaysia hari ini, "Ini berita buruk kerana dia akan direhatkan lebih lama dari sangkaan kami."

"Kami fikir ia (kecederaannya) cuma mengambil masa 48 jam untuk pulih tetapi ia adalah kecederaan serius yang menyebabkan dia tidak diturunkan selama 3 - 4 minggu."

Wenger juga memberitahu, Arsenal akan turun berdepan AZ Alkmaar tanpa perancang tengah pasukannya Tomas Rosicky tetapi menegaskan bek kiri The Gunners, Gael Clichy kembali cergas bagi pertembungan itu nanti.

Nicklas Bendtner, Denilson, Eduardo, Łukasz Fabiański dan Johan Djourou yang masih dilanda kecederaan tidak akan menyertai kunjungan Arsenal ke Belanda.

Samir Nasri pula hampir sembuh sepenuhnya dari kecederaan patah kaki sewaktu perlawanan pre-musim akan membuat penampilan bersama pasukan simpanan Arsenal menentang Wolves hari Selasa ini.

SUKAR

Arsene Wenger juga harus membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan penjaga gol ketiga Vito Mannone atau mengembalikan tempat itu kepada penjaga gol No. 1 Arsenal, Manuel Almunia dalam kesebelasan utama skuadnya. Sambil berkata kepada Arsenal Malaysia, "Saya tak tahu. Ia adalah keputusan yang sangat sukar, jadi kita akan lihat nanti."

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil