10 October 2009

Siapa penjaga gol pilihan Wenger??

Cesc Fabregas dan Phillipe Senderos masing-masing menyinar bersama skuad kebangsaan masing-masing apabila Fabregas meledak satu gol sementara Senderos lebih menyinar dengan menjaringkan dua gol..

Vito Mannone menyedari yang peluangnya untuk kekal di gawang Arsenal dan di bangku simpanan makin tertutup selepas kembalinya semula Almunia dan Fabianski.. Namun Mannone jelas tidak kisah dan hanya mahu mengimprovekan dirinya dan semua keputusan terletak di tangan Wenger..

"Saya amat gembira dengan 5 perlawanan saya.. Ianya sukar pada mulanya.. Tapi saya dah tunjukkan yang saya boleh main.. Saya dah belajar dengan banyak.. Saya dapat merasakan yang sudah banyak saya belajar dan harap orang lain dapat lihat yang saya improve.."

"Saya dah lakukan kerja saya.. Dan sekarang ini semuanya terpulang kepada boss.. Saya tahu masih jauh perjalanan saya.. Tapi saya akan terus kekal fokus semasa training dan improve.. Dan lihat apa yang akan berlaku.."

Ramai yang mahu Mannone terus kekal di gawang Arsenal.. Terutama sekali Mannone mempunyai banyak nasib.. Tapi dalam masa yang sama masih banyak Mannone perlu belajar walaupun Atikah menyedari Mannone pantas belajar..

Dan dalam masa yang sama juga Mannone menerima bantuan yang sewajarnya dari pemain-pemain lain.. Atikah yakin Wenger mempunyai rancangannya yang tersendiri untuk terus mengilap bakat Mannone dan terus memberikannya pengalaman..

Walaupun prestasi Almunia agak mengecewakan musim ini.. Atikah tetap yakin yang Almunia akan terus menjadi penjaga gol no.1 Arsenal.. Mungkin selepas ini Almunia akan kembali mantap selepas kembali menerima saingan sengit dari penjaga gol yang lain..

Dan Fabianski juga tidak perlu risau tentang tempatnya akan tercabar sebagai penjaga gol no. 2 Arsenal.. Kerana Wenger sangat mempercayai Fabianski.. Dan Fabianski juga tidak kurang hebatnya kecuali dalam segi menangani tekanan..

Tetapi Fabianski masih perlu belajar lagi.. Dan Fabianski juga bukanlah teruk jika dibandingkan dengan Ben Foster yang lebih banyak melakukan kesilapan mudah.. Jadi Atikah rasa posisi penjaga gol tidak akan berubah buat masa ini..

Tetapi mungkin ianya akan berubah jika Almunia gagal kembali di prestasi terbaiknya dan masih mengalami kecederaan.. Dan ianya mungkin menjadi seperti kes Lehmann dahulu.. Di mana penjaga gol simpanan lebih menyerlah.. Dan ianya tidak mustahil berlaku.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan