Pre Match : Arsenal VS Blackburn

Arsenal akan menanti kunjungan Blackburn di Emirates Stadium pada pukul 8.25 malam ini dengan siaran langsung disediakan Astro ESPN saluran 812.. Ingat pukul 8.25 malam !! Dan 30 minit selepas itu Arsenal Ladies akan menentang Millwall pada pusingan kedua Piala Liga..

Dan sejujurnya Atikah tengah pening kepala perlawanan mana agaknya Atikah nak tengok.. Dan disebabkan Arsenal main ditempat sendiri Atikah akan ke Emirates Stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.. Harap-harap kedua-dua pasukan Arsenal ini akan menang bergaya malam ini..

Musim lepas Arsenal menang 4-0 (di Emirates Stadium) di mana Arshavin menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal pada perlawanan ini.. Bukan itu sahaja.. Almunia yang tengah top performence masa itu diterjah keras Diouf..

Terjahan itu seakan-akan terjahan tragedi hitam yang menimpa Eduardo.. Selepas terjahan itu Almunia sering mengalami kecederaan.. Atikah berharap pada perlawanan kali ini tiada lagi terjahan seperti itu yang boleh menyebabkan nadi utama Arsenal mengalami kecederaan.. Okey marilah kita lihat bayangan kesebelasan utama perlawanan ini..

MANNONE
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----ROSICKY
WALCOTT/BENDTNER-----VAN PERSIE-----ARSHAVIN

Disebabkan musim lepas Arsenal tidak sukar untuk membelasah Blacburn 4-0.. Jadi Atikah predict malam ini Arsenal akan menang 4-0.. Kalau lebih lagi bagus.. Asalkan tidak kurang atau kalah or seri.. Adios Amigos!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil