Nadi Utama Arsenal Musim 2009/2010

Okey dalam artikel kali ini Atikah nak senaraikan beberapa pemain yang dari pandangan Atikah ialah nadi utama Arsenal musim ini.. Tapi sebelum Atikah terlupa, Arsenal Ladies berjaya mencatat kemenangan 2-0 mengatasi Millwall semalam untuk menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala Liga.. Post Match boleh ke blog Arsenal Ladies Malaysia..

Pada perlawanan semalam gol dari Walcott melengkapkan gol ke- 200 di Emirates Stadium.. Tapi disebabkan Bendtner menambah satu lagi gol.. Ini bermakna gol yang dijaringkan pemain Arsenal di Emirates Stadium ialah sebanyak 201 gol..

Sememangnya Vermaelen layak untuk dikatakan sebagai nadi utama Arsenal musim ini walaupun baru sahaja beberapa bulan bersama Arsenal.. Kekentalannya semasa bertahan.. Dan ketajamannya semasa menyerang sudah cukup untuk membuatkan fan Arsenal mula memanggilnya 'The Verminator' dan menganggap Vermaelen sebagai 'The Lagends To Be'..

Vermaelen bukan seperti Tony Adams mahu pun pertahanan tengah terbaik yang pernah dimiliki Arsenal.. Vermaelen adalah Vermaelen dan Vermaelen menunjukkan skill yang tersendiri sepanjang bersama Arsenal.. Nilai 10 juta pound yang dibelanjakan Wenger untuk membawa Vermaelen ke Arsenal sememangnya berbaloi..

5 gol setakat ini membolehkan Vermaelen muncul sebagai penjaring terbanyak Arsenal.. Dan prestasi Vermaelen setakat ini amat konsisten dan memukau.. Atikah yakin jika Vermaelen terus sehebat ini, Arsenal mampu menjulang trofi kejuaraan..

William Gallas yang mengeruhkan seketika kem Arsenal juga dianggap Atikah sebagai nadi utama Arsenal musim ini.. Keserasiaannya bersama Vermaelen tidak dapat dinafikan lagi.. Dan Atikah juga nampak Gallas semakin meningkat dan bagi Atikah inilah prestasi terbaik Gallas sepanjang bersama Arsenal..

Atikah harap Gallas meneruskan prestasi sebegini kerana jika ianya diteruskan.. Ianya mampu membuatkan Arsenal menjulang trofi kejuaraan.. Dan Atikah juga ingin menarik balik tentang kesanggupan Atikah melihat Gallas pergi berbanding Toure.. Kerana Atikah mengakui yang Gallas sememangnya hebat walaupun sudah berusia 32 tahun..

Captain Fabregas ini sempat mengusarkan fan Arsenal musim lalu selepas menjawat jawatan kapten Arsenal kerana sikapnya yang sedikit berubah.. Dan ada juga tanggapan yang mengatakan Fabregas tidak diperlukan lagi terutama sekali apabila Arsenal masih mampu menang tanpa khidmatnya..

Tetapi Fabregas kembali memukau musim ini dan membuktikan yang dia masih lagi nadi dan jantung Arsenal.. Lihat sahajalah.. Bahagian tengah Arsenal mula kucar-kacir apabila Fabregas tiada.. Dan sememangnya Fabregas masih diperlukan Arsenal dalam masa terdekat ini..

Arshavin juga seperti Fabregas.. Sentuhannya untuk Arsenal sememangnya diperlukan setiap perlawanan.. Arshavin mampu menciptakan kelainan sewaktu Arsenal perlukannya.. Arshavinlah Messi Arsenal.. Atikah yakin Arshavin mampu membantu Arsenal memenangi trofi musim ini..

Van Persie.. Jika tidak jaringkan gol.. Van Persie masih mampu memberikan bantuan.. Dan sememangnya Van Persie perlu kekal cergas semasa dia semakin selesa beraksi sebagai penyerang tengah Arsenal..

Jika kelima-lima pemain ini mampu kekal cergas.. Atikah yakin Arsenal mampu memenangi 3 piala musim ini iaitu EPL, FA Cup dan Champions League.. Sementara itu.. Sumbangan pemain-pemain lain juga diperlukan..

Kerana kita perlu ingat.. Bola sepak bukan permainan individu.. Tetapi sepasukan.. Jika ianya diteruskan Atikah yakin tidak mustahil untuk Arsenal memenangi 3 piala tersebut.. Dan mungkin juga Young Guns Arsenal mampu membawa pulang kembali Piala Liga yang kali terakhir dimenangi Arsenal pada tahun 1993.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil