04 October 2009

Liga Perdana : Arsenal 6 - 2 Blackburn

Rentak kemenangan Arsenal dalam Liga Perdana diteruskan di gelanggang sendiri dengan menjadikan Blackburn sebagai mangsa berikutnya. Walaupun ketinggalan seawal minit ke 5, Fabregas memimpin Arsenal dengan melakukan 4 assist dan menjaringkan satu gol.

Sudut Positif
  1. Semua gol (kecuali gol oleh Fabregas & Vermaelan) dijaringkan oleh penyerang (Van Persie, Arshavin, Walcott, Bendtner
  2. Vermaelan (yang bermain di bahagian pertahanan) merupakan penjaring terbanyak Arsenal setakat ini.
  3. Theo Walcott kembali ke dalam skuad setelah berehat panjang akibat kecederaan.
Sudut Negatif
  1. Kelemahan di bahagian pertahanan terutama ketika menangkis serangan balas masih belum diperbaiki
  2. Prestasi Sagna di bahagian pertahanan kanan kelihatan semakin tidak konsisten
Walaupun Liverpool dan Manchester United mula kehilangan mata, masih terlalu awal untuk meramal peluang Arsenal untuk menjuarai liga musim ini. Tetapi jika prestasi seperti ini dapat dikekalkan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya, mungkin musim ini kita sudah boleh mula berdoa.

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan