02 October 2009

Henry mahu kembali !!

Atikah mahu mengumumkan berita yang paling disukai fan-fan setia Arsenal seluruh dunia apabila Henry mengesahkan kesediaannya untuk kembali menyertai Arsenal dan kembali bekerja bersama Wenger..

Dan Henry sendiri tidak kisah sekiranya terpaksa menjadi water boy di Emirates jika hanya itu saja caranya untuk dia kembali bersama Arsenal dan kembali bekerja di bawah pimpinan Wenger..

"Saya cuba untuk tamatkan apa yang saya mulakan 15 tahun dulu.. Saya selalu katakan yang saya mahu kembali di mana saya mulakan.. Saya tidak pernah berhenti katakan yang saya sayangkan Arsenal.. Dan satu hari nanti saya mahu kembali ke sana.."

"Bagaimana saya tidak tahu.. Mungkin sebagai water boy.. Siapa tahu?? Saya cuma sayangkan Arsenal san sememangnya saya mahu kembali suatu hari nanti.. Ianya satu keseronokan untuk bermain dan berlatih bersama Wenger.."

"Dia seorang manusia yang baik dan berada di atas dikalangan yang terbaik.. Sejujurnya saya tidak boleh lihat Arsenal tanpa Wenger.. Saya masih lagi berhubungan dengannya dan masih menyaksikan Arsenal melalui kaca television.."

Atikah sejujurnya tidak dapat nak bayangkan Henry kembali sebagai water boy.. Atikah rasa Henry layak untuk mendidik skuad simpanan Arsenal mahupun skuad U-18 Arsenal.. Atau mungkin juga menjadi penolong Wenger selepas Pat Rice bersara.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan