Bisa Captain Fabregas

Arsenal berjaya membuat 2 come back sebelum mudah mengatasi Blackburn 6-2.. Perlawanan ini sudah semestinya diinspirasikan oleh Captain Fabregas yang beraksi memukau sepanjang perlawanan berlangsung.. 4 assists dan 1 gol sudah cukup untuk membuktikannya..

Namun sudah semestinya kehadiran mengejut lagenda Arsenal iaitu Theirry Henry telah menaikkan semangat pemain-pemain the Gunners untuk memukaukan Henry.. Dan jelas fan-fan Arsenal cukup gembira dengan kepulangan Henry..

MANNONE
SAGNA-----GALLAS------VERMAELEN-----CLICHY
ROSICKY-----FABREGAS-----SONG-----DIABY-----ARSHAVIN
VAN PERSIE

Arsenal bermula dengan baik.. Tetapi Arsenal terlebih dahulu ketinggalan selepas Vermaelen gagal menandingi pemain Blackburn untuk mendapatkan bola terrsebut.. Tetapi pada minit ke 17.. Vermaelen membalas kesilapannya dengan gol selepas gerakannya bersama Fabregas membuahkan hasil.. Vermaelen mempunyai ruang yang cukup untuk merembat kencang dari luar kotak penalti..

Satu gerakan pantas dari Blacburn menyebabkan Arsenal ketinggalan buat kali kedua.. Bola rembatan Dunn terbias terkena kaki Gallas yang jelas membuatkan Mannone tergamam di pintu gol..

Lebih kurang 2 minit selepas ketinggalan.. Lorongan bola dari Fabregas berjaya di baca Van Persie.. Van Persie mudah merembat kencang untuk gol penyamaan pada minit ke 32.. Dan 5 minit selepas itu lorongan bola dari Fabregas kepada Arshavin sebelum Arshavin merembat kencang melepasi jangkauan Robinson memberikan Arsenal gol pendahuluan sebelum tamat sepatuh masa pertama..

Passing dari Rosicky kepada Fabregas membolehkan Fabregas menjaringkan gol selepas volley Fabregas dari luar kotak penalti gagal dibaca Robinson dan sudah cukup untuk mengamamkan Robinson di gawang Blackburn..

Fabregas meraikan gol tersebut dengan mencium logo Arsenal yang tersemat di dadanya.. Dan mededikasikan gol tersebut kepada kapten lagenda Arsenal iaitu Theirry Henry.. Dan sebenarnya ada makna di sebalik cara Fabregas meraikan gol tersebut..

"There's always speculation I don't like it here but I am committed to this club 100 per cent.. It's my seventh season here and it's hard to hear people say they think I'm not committed enough.. It was a good time to show them I really love this club.."

Sebelum Fabregas dikeluarkan.. Fabregas sempat untuk passing kepada Walcott untuk gol pertama Walcott dalam debutnya untuk musim ini.. Dan jelas Walcott masih lagi memukau seperti dulu.. Dan kerinduaan semua orang kepada Walcott terubat apabila melihat Walcott beraksi dengan cemerlang semalam.. Dan x lupa juga dengan maskot Arsenal yang memeluk Walcott sebelum memasuki stadium.. Mungkin maskot tu bagi tuah untuk Walcott menjaringkan gol dalam debutnya..

Pesta gol Arsenal ditutup Bendtner selepas merembat kencang dari luar kotak penalti selepas mendapat long pass dari Vermaelen.. Suatu cara yang bagus untuk Bendtner yang kembali selepas mengalami kemalangan kereta yang hampir meragut nyawanya..

Okeylah.. Atikah nak pergi cari keputusan Arsenal Ladies lawan Millwall semalam.. Harap-harap menang.. Adios!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil