Arsenal FC 3 vs 1 Birmingham City

Arsenal mengukir kemenangan ketujuh mereka ketika membenam Birmingham selepas terpaksa bekerja keras di laman sendiri.

Tampak agak mudah bagi The Gunners apabila Robin van Persie selaku penyerang utama pasukan itu melakukan gol pembukaan seawal minit ke 16 dan diikuti gol kedua pasukan oleh Abou Diaby, dua minit selepas itu.

Lee Bowyer muncul memberikan harapan dan semangat kepada penyokong Blues apabila sepakannya dari jarak dekat menerjah jaring Arsenal selepas kesilapan penjaga gol ketiga Vito Mannone di minit 38. Walau bagaimanapun, Arsenal kembali jauh mendahului Birmingham apabila pemain gantian Andrey Arshavin dengan mudah menolak bola yang dihantar oleh Cesc Fabregas.

Sebelum itu, Arshavin masuk di awal babak kedua menggantikan Theo Walcott yang cedera. Dengan keputusan itu, Arsenal kini menduduki tangga ke-4 liga di belakang Manchester United, Chelsea dan Tottenham Hotspurs dengan 18 mata selepas mengharungi 8 perlawanan, menang 6, kalah 2, menjaringkan 27 gol dan dibolosi 11 gol tetapi kekurangan satu perlawanan. Ini menjadikan The Gunners pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil