Wilshere suka dalam duka

Arsenal berjaya melangkah ke pusingan seterusnya piala Carling selepas menang 2-0 mengatasi West Brom awal pagi tadi dengan 2 gol dari Vela dan Watt.. Namun ada satu tragedi yang perlu anda ketahui.. Dan sebab itulah Atikah tulis tajuk 'Wilshere suka dalam duka'.. Tapi sebelum itu mari kita lihat barisan kesebelasan utama Arsenal..

SZCZESNY
GILBERT-----SENDEROS-----SILVESTRE-----GIBBS
WILSHERE-----COQUELIN-----RAMSEY-----TRAORE
WATT------SUNU

Bekas pemain Arsenal iaitu Jerome Thomas dilayangkan kad merah selepas didapati sengaja menampar muka Jack Wilshere.. Ianya belaku 7 minit sebelum tamat separuh masa pertama.. Ohh sebelum Atikah terlupa.. Silvestre memakai arm band Arsenal pada perlawanan ini..

Kemasukan Vela dan Randall pada minit ke-59 mengantikan Gilles Sunu dan Francis Coquelin membuahkan hasil apabila percubaan dari Vela pada minit ke-68 ditepis penjaga gol namun bola tersebut mencari Watt dan Watt mudah menolak masuk bola tersebut mengatasi penjaga gol.. Seminit selepas itu Wenger mengeluarkan Traore untuk membawa masuk Nacer Barazite..

Chipping dari Mark Randall berjaya menewaskan penjaga gol tetapi bukan palang gol.. Namun Vela menggunakan sepenuh peluang apabila berlaku sedikit kekalutan di depan gol untuk menolak masuk gol kedua Arsenal dan pertamanya musim ini pada minit ke-75..

Vela disahkan Wenger tidak akan beraksi menentang Fulham pada hujung minggu ini selepas Wenger mengatakan yang Vela tidak bersedia lagi selepas pulih dari kecederaan buku lalinya.. Tetapi ketiadaan Vela akan disambut dengan kepulangan Arshavin.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil