The Verminator mengamuk

Selamat Hari Raya Atikah ucapkan kepada semua peminat-peminat Arsenal yang beragama islam.. Arsenal memberikan hadiah Hari Raya yang cukup bermakna apabila menang 4-0 mengatasi Wigan semalam dengan Vermaelen muncul penjaring terbanyak perlawanan.. Sebelum bercerita panjang mari kita lihat barisan kesebelasan utama Arsenal..

MANNONE
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
EBOUE-----FABREGAS-----SONG-----DIABY
VAN PERSIE-----EDUARDO

Vermaelen yang sebelum perlawanan ini diberikan anugerah pemain terbaik bulan Ogos membuka tirai jaringan pada minit ke-25 hasil corner dari Van Persie.. Namun pada mula perlawanan Vermaelen hampir sahaja membuat kesilapan yang hampir mengundang padah..

4 minit selepas separuh masa kedua.. Hasil gerakan yang dimulakan Vermaelen sebelum berlaku sedikit kekalutan sebelum Vermaelen meledak kencang mencari corner yang sukar dijangkau Craig Kirkland untuk gol kedua Arsenal dan ketiga untuk Vermaelen dan kedua bulan ini..

Percubaan on target dari Eduardo pada minit ke 59 terbias terkena Eboue dengan kedua-dua pemain tersebut menjaringkan gol itu.. Tapi x kisahlah janji gol.. Tapi sejujurnya Atikah rasa gol ketiga itu milik Eboue..

Pada minit ke 52 Aaron Ramsey dibawa masuk bagi mengantikan Diaby sebelum pada minit ke 73 Rosicky dan Bendtner dibawa masuk mengantikan Eboue dan Eduardo.. Hantaran dari Bendtner pada masa kecederaan tepat mencari Fabregas yang berada didepan gawang untuk gol keempat perlawanan dan ketiga untuk Fabregas musim ini..

Wenger jelas terkejut dengan progress Vermaelen dengan mengatakan "Saya rasa dia boleh menyesuaikan diri dengan cepat.. Tapi bukanlah secepat ini.." Atikah yakin Vermaelen akan memenangi anugerah pemain terbaik bulan September ini..

Cleen shit pertama liga bukanlah patut diberikan pujian kepada Mannone.. Tetapi kepada barisan pertahanan dan tengah Arsenal yang bertungkus lumus mengawal pemain Wigan.. Namun sememangnya Mannone bolehla dikatakan cemerlang dengan menyelamatkan lebih kurang 3 percubaan berbahaya..

Tetapi masih banyak yang perlu dipelajari Mannone apabila hampir-hampir membuat kesilapan yang mampu mengundang padah.. Okey sampai di sini post match.. Selamat Hari Raya.. Dan Atikah memohon maaf kalau ada silap dan salah sepanjang Atikah menjadi penulis di blog ini.. Adios!1

Comments

  1. selamat hari raya...
    tapi kan, cleen sheet ler bukan shit(mencarut ni)...
    nape fabregas cam nampak sugul je nasa score gol ke 4 2?

    ReplyDelete
  2. ha'a kn..mybe die rse xslesa sal kaki die kot sbb kne bntesan sblum tu..

    ReplyDelete
  3. oppss.. silap ejalah pulak..... atikah setuju dgn mistic619

    ReplyDelete
  4. ingatkan atikah saje nak melawak tulis cam2...
    clean sheet<---ini baru betul.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil