Vermaelen pemain terbaik bulan Ogos !!

Thomas Vermaelen mengikut jejak langkah Samir Nasri musim lepas apabila menjadi pilihan fan-fan Arsenal untuk memenangi anugerah pemain terbaik bulanan untuk bulan Ogos.. Vermaelen yang membentuk gandingan mantap bersama Gallas dan menjaringkan gol dalam debutnya menerima undian sebanyak 34.9% berbanding Gallas iaitu calon pilihan dengan 22.5% dan mafia Rusia Arsenal iaitu Arshavin menerima undian sebanyak 15.6% untuk berada di tangga ketiga..

Ianya bukanlah kejutan yang besar di mana bagi Atikah Vermaelen sememangnya beraksi cemerlang sepanjang musim pertamanya.. Satu lagi pembelian cemerlang Wenger di sebalik persoalan pengkritik dan fan Arsenal tentang keupayaan Vermaelen.. Namun Vermaelen sudah pun berada di hati fan-fan Arsenal dalam tempoh lebih kurang 3 bulannya menjadi pemain Arsenal..

Jadi Atikah ucapkan tahniah kepada Vermaelen dan anugerah tersebut akan disampaikan oleh Dan Clark yang merupakan peminat bertuah untuk menyampaikan anugerah tersebut sebelum perlawanan Arsenal menentang Wigan.. Dan untuk undian di Arsenal Malaysia pemenangnya ialah berbeza.. Sebelum Atikah terlupa.. Jangan lupa saksikan video klip Vermaelen di ruangan Video minggu ini di sebelah kanan blog ini..

William Gallas muncul pilihan pengunjung blog Arsenal Malaysia apabila meraih 37% undian dengan menewaskan pemenang pilihan fan Arsenal seluruh dunia iaitu Thomas Vermaelen yang menerima undian sebanyak 23%.. Dan Arshavin kekal di tempat ketiga dengan undian sebanyak 20%..

Fabregas pula berada di tempat keempat dengan meraih undian sebanyak 17% dan Song dan Denilson pula gagal meraih sebarang undian.. Okey inilah sahaja berita terkini dari Islington, North London.. Dan sebelum itu hayatilah gol cantik yang dijaringkan Fabregas semasa menentang Man. City.. Harap-harap Fabregas mampu mengulanginya kembali.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil