26 September 2009

Van Persie & Mannone wira Arsenal

Sebelum Atikah buat post match lebih lanjut tentang perlawanan yang cukup mengkagumkan awal pagi tadi Atikah mahu memberitahu sedikit perkara yang meresahkan.. Arsenal Young Guns akan berhadapan skuad Liverpool dalam Piala Carling di Emirates Stadium pada 27 atau 28 Oktober ini..

Arsenal akhirnya berjaya memenangi perlawanan menentang Fulham di Craven Cottage selepas tewas mengejut 1-0 musim lepas.. Namun kemenangan ini berpunca dari kekentalan Mannone di gawang Arsenal dengan dibantu sedikit nasib dan pertahanan.. Ini ialah barisan kesebelasan utama Arsenal..

MANNONE
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DENILSON
BENDTNER-----VAN PERSIE-----ARSHAVIN

Pada permulaan perlawanan.. Atikah sedikit terkejut apabila Eduardo tidak berada di bangku simpanan.. Di manakah Eduardo?? Injured?? Nasib baik tidak.. Tetapi Atikah masih belum mengetahui mengapakah Eduardo tidak beraksi awal pagi ini..

Hantaran jarak jauh Fabregas selepas Song berjaya mencuri bola dari pemain Fulham kepada Van Persie langsung tidak disia-siakan Van Persie apabila mudah merembat ke penjuru gol yang gagal ditepis penjaga gol Fulham..

Tambahan masa 5 minit jelas membuatkan fan-fan Arsenal tidak duduk senang menunggu wisel tamat perlawanan dibunyikan.. Dan Wenger buat pertama kalinya meletakkan 5 pemain pertahanan untuk memastikan 3 mata di bawa pulang..

Sebaik sahaja wisel dibunyikan.. Mannone mendapat pujian rakan sepasukannya.. Dan Van Persie sempat juga untuk mengangkat Mannone.. Dan bagi Atikah Mannone layak dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan ini hasil aksi cemerlangnya..

Hasil aksi cemerlangnya membuatkan Wenger akan memberikan penampilan keduanya di Champions League menentang Olympiakos apabila Almunia disahkan tidak akan beraksi minggu depan dan Fabiaski hanya akan kembali pada 17 Oktober ini..

Kecermelangan Mannone ini membuatkan segelintir fan-fan Arsenal terfikir adakah Almunia masih layak bergelar penjaga gol no. 1 Arsenal?? Almunia masih gagal menampilkan aksi cemerlangnya musim ini.. Dan sering juga melakukan kesilapan.. Dan sejujurnya Atikah kecewa dengan Almunia musim ini..

Adakah anda rasa Almunia masih layak menjadi penjaga gol no.1 Arsenal?? Bakat Mannone dan Szczesny semakin meyerlah.. Dan Fabianski nampaknya semakin matang dan cekap pada musim ini walaupun hanya beraksi satu perlawanan pada pre match season.. Anda boleh mengundinya di ruangan Undian Anda.. Adios Amigos!!

P/S: Cis, Armyrule guna trademark Atikahlah pulak.. Bawah ini ialah video klip gol jaringan Van Persie..


2 comments:

  1. cuak gak tgk semalam..
    well done third keeper..

    ReplyDelete
  2. soon will be no 1..depend to wenger on how to make him grow stronger and stronger..jgn dia loankn sudah..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan