Usmanov ambil alih Arsenal??

Satu berita buruk untuk fan-fan Arsenal yang membenci Usmanov.. Usmanov dilaporkan akan mengambil alih sebahagian besar saham apabila Lady Nina Bracewell-Smith yang memegang paling banyak saham Arsenal bersedia untuk menjual bahagiannya..

Lady Nina Bracewell-Smith sudah pun memberikan amaran dengan mahu menjual bahagiannya sejak bulan Disember yang lalu.. Spy Atikah melaporkan yang Lady Nina Bracewell-Smith bersedia menjual 15.9% bahagiannya.. Dan jika Usmanov membeli kesemua saham tersebut.. Usmanov akan menjadi pemegang saham paling banyak dengan 41%..

Spy Atikah juga melaporkan yang Stan Kroenke agak keberatan untuk menambahkan bahagiannya di dalam saham Arsenal.. Jadi ini sudah semestinya memberikan peluang untuk Usmanov menjadi pemegang saham paling banyak Asenal..

Segelintir fan-fan Arsenal pernah membuat perarakkan pada tahun 2008 dengan tema 'Love Arsenal - Hate Usmanov'.. Dan ada juga khabar angin selepas perarakkan itu.. Usmanov mungkin menjual bahagiannya..

Namun nampaknya ketidak mahuan fan-fan Arsenal akan bertukar menjadi kenyataan.. Usmanov beberapa kali mengeluarkan kritikan kepada Wenger disebabkan polisi perpindahannya.. Dan Atikah terfikir.. Adakah Usmanov akan memberikan dana yang secukupnya kepada Wenger jika dia mengambil alih saham Arsenal??

Okey.. Atikah sebenarnya tidak berminat pasal nie.. Tapi disebabkan ini berkenaan orang kuat Arsenal dan akan memberikan dana kepada Wenger.. Terpaksalah Atikah postkan juga.. Tapi buat masa ini.. Spy Atikah masih belum berjaya mendapatkan sebarang komen tentang perkara ini.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil