27 September 2009

Tangan-tangan selamat

Meskipun Van Persie menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan menentang Fulham semalam, kehebatan Vito Mannone menjaga gawang melayakkannya untuk dianugerahkan sebagai pemain terbaik untuk Arsenal. Sudah agak lama sebenarnya penjaga gol tidak diangkat sebagai wira di Arsenal. Meskipun tumpuan sering terarah kepada pemain tengah dan penyerang, Arsenal mempunyai beberapa penjaga gol yang yang boleh dikatakan mencapai status lagenda di kalangan peminat Arsenal.

  1. David Seaman. merupakan antara generasi terakhir pemain Arsenal yang bermain untuk pasukan England dan juga merupakan antara pemain yang pernah menjulang kejuaraan berganda bersama Arsenal. Beliau terkenal kerana tindakan refleksnya terutama ketika menyelamatkan percubaan pemain Sheffield United dalam pertandingan Piala FA 2003.
  2. Jens Lehman. dibawa masuk oleh Arsene Wenger untuk menggantikan David Seaman dan terus membuktikan kehebatannya dengan menjadi penjaga gol dalam pasukan Arsenal yang menjuarai liga tanpa kalah. Beliau kemudian telah berjaya mencatatkan rekod sebagai penjaga gol yang paling lama tidak dobolosi dalam pertandingan Liga Juara-Juara. Kehebatannya menjaga gawang di Arsenal telah membolehkannya dipilih sebagai penjaga gol utama pasukan Jerman mengatasi Oliver Kahn. Jens Lehman akan sentiasa dikenang terutama kejayaannya menyelamatkan beberapa sepakan penalti seperti Paul Scholes (Piala FA 2005) dan Juan Riquelme (Liga Juara-Juara 2006). Ada yang berpendapat Arsenal mungkin berjaya menjuarai Liga Juara-Juara pada tahun 2006 sekiranya beliau masih berada di atas padang.

Setakat musim ini, belum ada lagi mana-mana penjaga gol Arsenal yang mampu mencapai status elit ini. Adakah Vito Manone orangnya? Berikut adalah sejarah beberapa penjaga gol simpanan Arsenal:

  1. Alex Manninger. mempunyai rekod yang baik ketika menjadi menggantikan David Seaman sepanjang kecederaannya. Walaubagaimanapun, peluangnya untuk bermain agak terhad berikutan kekebalan David Seaman menjaga gawang. Kini beliau menjadi penjaga gol kedua untuk Juventus.
  2. Richard Wright. Arsene Wenger melihatnya sebagai pengganti kepada David Seaman. Meskipun berjaya mendapat keutamaan berbanding Alex Manninger, beliau tidak begitu berjaya menggalas tugas tersebut. Ini termasuklah kesilapan menumbuk bola ke gawang sendiri. Kini beliau menjaga penjaga gol utama pasukan Ipswich Town.
  3. Manuel Almunia. mungkin penjaga gol simpanan pertama yang berjaya menjadi penjaga gol utama. pun begitu, kehebatannya masih belum setanding dengan penjaga gol utama sebelumnya (Jens Lehman). Dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Vito mannone, mungkin beliau akan kembali menjadi penjaga gol simpanan.

1 comment:

  1. dulu ade keeper nama rami shaaban..power gak die tuh tp skejap je ngan arsenal

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan