20 September 2009

Skuad Young Guns

Pagi rabu ini beberapa pemain di skuad Arsenal Reserves akan beraksi di dalam kempen Piala Carling.. Atikah dan spy-spy Atikah baru memastikan beberapa pemain yang akan beraksi pada pagi rabu ini.. Jadi inilah beberapa pemain yang Atikah dan spy-spy Atikah fikir akan menyahut cabaran dalam piala carling musim ini..

Kyle Bartley.. Kapten pasukan skuad simpanan Arsenal ini berkemungkinan besar akan bergandingan bersama Senderos di bahagian tengah pertahanan Arsenal dalam kempen piala Carling ini.. Bartley berusia 18 tahun dan merupakan warganegara England..

Bukan Kieran Gibbs mahupun Traore.. Tetapi Thomas Cruise.. Pemain bek kiri berusia 18 tahun ini berkemungkinan besar akan mengisi bek kiri Arsenal selepas Wenger jelas tidak ragu-ragu akan memberikan tempat untuk Cruise dalam kempen piala Carling musim ini..

Kerrea Gilbert yang berusia 22 tahun ini mungkin juga akan berada di dalam skuad piala Carling selepas kali terakhir beraksi bersama skuad utama Arsenal ialah pada musim 2005/2006 yang lalu..

Gavin Hoyte (19) yang semakin matang selepas dipinjamkan ke Watford sepanjang separuh masa kedua liga.. Mungkin juga akan disenaraikan ke dalam skuad Arsenal yang beraksi di dalam kempen piala Carling..

Nacer Barazite.. Pemain berusia 19 tahun ini nampaknya akan beraksi di dalam kesebelasan utama Arsenal dalam piala carling selepas tidak dipinjamkan ke mana-mana pasukan musim ini dan berjaya menarik perhatian setiap kali diturunkan Wenger di dalam skuad utama..

Emmanuel Frimpong (17) yang beberapa kali berada di bangku simpanan Arsenal musim lepas mungkin akan menjadi sebahagaian dari pemain-pemain Arsenal yang akan menyahut cabaran Piala Carling..

Tidak sah jika tidak menyenaraikan Mark Randall (20) dalam kempen piala Carling musim ini.. 2 kali beraksi di dalam Champions League musim lepas sudah mampu mengesahkan yang Wenger mempercayai Randall dan akan menjadi pemain kesebelasan utama dalam kempen Piala Carling..

Francis Coquelin.. Pemain tengah berusia 18 tahun ini pernah beraksi sekali dalam piala Carling musim lepas selepas masuk mengantikan Fran Merida..

Sanchez Watt (18) juga nampaknya semakin mendapat kepercayaan Wenger musim lepas dan musim ini.. Jadi ianya akan mengejutkan Atikah jika Wenger tidak memilih Watt dalam skuad piala Carling musim ini..

Rhys Murphy penyerang yang semakin mengukuhkan kedudukannya di dalam skuad simpanan selepas mengalami kecederaan serius mungkin juga akan berada di dalam kempen piala Carling musim ini..

Luke Freeman.. Penyerang berusia 17 tahun ini Atikah anggap sebagai prospek masa depan Arsenal.. Jadi mungkin Wenger akan memberikannya peluang untuk beraksi di dalam piala Carling musim ini..

Gilles Sunu penyerang berusia 18 tahun ini juga Atikah yakin akan berada di dalam skuad piala Carling musim ini..

Okey ini sahaja pemain-pemain skuad simpanan yang berjaya Atikah dan spy Atikah fikir akan berada di dalam skuad piala Carling musim ini.. Di sini juga beberapa pemain skuad utama yang Atikah fikir akan beraksi di dalam piala Carling selain dari Vito Mannone & Wojciech Szczesny..

Philippe Senderos disahkan tempatnya di dalam skuad piala Carling musim ini dan berkemungkinan besar juga akan menjadi kapten pasukan piala Carling selepas Fabianski masih belum pulih dari kecederaan..

Armand Traore ya.. Tetapi bukan Gibbs.. Gibbs lebih kepada penganti Clichy jadi mungkin Traore yang akan beraksi di bek kiri Arsenal dengan Thomas Cruise akan menjadi pengantinya..

Jack Wilshere yang disayangi Wenger ini sudah semestinya akan beraksi di dalam piala Carling musim ini untuk menambahkan pengalaman lagi sebelum bersedia sepenuhnya untuk kerap beraksi di dalam liga dan Champions League..

Fran Merida merupakan pemain terakhir di dalam skuad utama Arsenal yang Atikah rasa akan berada di dalam skuad piala Carling.. Okey Atikah rasa mungin Wenger tidak akan menurunkan pemain senior dalam piala Carling memandangkan bagi Wenger piala Carling ialah medan untuk pemain muda membuktikan kemampuan mereka kepada Wenger..

Hanya 6 orang sahaja dari pemain skuad utama yang Atikah rasa akan beraksi di piala Carling musim ini dengan Senderos berkemungkinan akan menjadi kapten pasukan.. Tetapi ini hanyalah tekaan Atikah.. Cuma Wenger sahaja tahu siapakah pemain yang berjaya menambat hatinya untuk beraksi dalam piala Carling musim ini.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan