Siapa Pemain Terbaik Bulan September??

Okey sebelum Atikah bercerita panjang pasal siapa pemain terbaik bulan Oktober.. Atikah nak beritahu anda semua yang Arsenal Ladies telah melangkah satu kaki ke peringkat suku akhir Women's Champions League apabila membedil wakil Greece PAOK 9-0 di Greece.. Anda boleh ke Arsenal Ladies Malaysia untuk Post Match perlawanan awal pagi tadi..

Okey.. Atikah dah senaraikan 5 pemain seperti yang diletakkan di laman web rasmi Arsenal untuk calon pemain terbaik bulan September di ruangan Undian Anda.. Jadi jangan lupa untuk mengundinya..

Pemenang anugerah pemain terbaik bulan Ogos yang lalu iaitu Thomas Vermaelen mempunyai peluang sekali lagi untuk memenangi anugerah ini.. Sepanjang bulan September Vermaelen telah menjaringkan 3 gol dan muncul wira di Wigan selepas menerima anugerah pemain terbaik bulan Ogos dengan meledak 2 gol..

Satu gol lagi muncul dalam Champions League semasa menjaringkan gol penyamaan di Belgium.. Dan yang paling penting ialah Vermaelen terus menerus konsisten di bahagian pertahanan Arsenal dan 3 kali berturut-turut cleen sheet.. Sudah semestinya Vermaelen menjadi pilihan untuk memenangi anugerah ini sekali lagi..

Robin Van Persie pula muncul wira dalam 2 perlawanan terakhir di bulan September apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan di Craven Cottage dan gol pembukaan semasa menentang Olympiakos awal pagi rabu yang lalu..

Hero segala hero Arsenal di Craven Cottage iaitu Vito Mannone turut tersenarai.. Mannone yang beraksi 4 perlawanan sepanjang musim ini telah membuat 3 cleen sheet semasa menentang Wigan, Fulham dan Olympiakos.. Tidak mustahil jika Mannone dipilih pemain terbaik bulan September oleh peminat Arsenal seluruh dunia..

Fabregas yang terus menerus konsisten di jentera tengah Arsenal juga disenaraikan dalam calon pemain terbaik bulan September.. Fabregas menjaringkan satu gol sepanjang bulan lepas semasa kemenangan 4-0 ke atas Wigan..

Okey sedikit pelik dengan pencalonan Wilshere ini memandangkan Wilshere hanya beraksi penuh semasa di kempen piala Carling.. Namun aksi memukaunya pada perlawanan itu sudah cukup untuk menyenaraikannya..

Okey anda boleh mengundinya di ruangan Undian Anda untuk pemain terbaik bulan September blog Arsenal Malaysia.. Kerja sama anda amat Atikah hargai.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil