The Reason Of Captain Fabregas Upset

Sebelum Atikah terangkan mengapa Fabregas seperti tidak gembira apabila menjaringkan gol sewaktu menentang Wigan semalam.. Atikah nak sampaikan 2 berita yang patut fan Arsenal tahu.. Henry mempertahankan tindakan fan Arsenal terhadap Adebayor..

"Peminat di Arsenal cukup bagus.. Mereka akan selalu menjadi keluarga saya.. Saya tidak pernah lihat mereka bersikap buruk.. Reaksi mereka pada hujung minggu lalu menunjukkan bertapa marah dan kecewa mereka.."

"Tidak kiralah apa emosi Adebayor.. Dia sepatutnya menunjukkan rasa hormat dengan tidak meraikan gol tersebut.. Itu menunjukkan real class dan sejujurnya kebanyakan pemain yang menjaringkan gol menentang kelab mereka tidak meraikan gol tersebut.."

"Saya memang tidak faham mengapa dia tidak lakukannya.. Arsene Wenger banyak melaburkan untuk kamu (Adebayor) apabila dia lihat bakat kamu.. Dan saya rasa ianya tidak salah untuk menunjukkan kepada dia, kelab dan peminat sedikit rasa hormat.."

Akhirnya lagenda Arsenal dan pemain kesayangan peminat ini bersuara.. Dan sememangnya Adebayor patut mendengar apa yang dikatakan Henry ini.. Dan Henry juga perlu nasihatkan Toure yang semakin melampau dan baru mengakui yang dia tinggalkan Arsenal kerana WANG..

Patrick Vieira pula meluahkan rasa hormatnya kepada Arsenal dengan sanggup melupakan hasratnya kembali ke EPL dengan menyarung jersi musuh setempat Arsenal iaitu Tottenham Hotspurs..

"Saya memang mahu kembali ke EPL dan Tottenham menunjukkan minat.. Saya hormat pengurus mereka (Redknapp) dan saya yakin saya boleh berkerja dengannya.. Saya sukakan personalitinya dan saya bercakap dengan orang yang pernah berkerja dengannya.. Dan mereka ceritakan perkara yang baik tentangnya.."

"Tetapi menjadi bekas pemain Arsenal bermaksud ianya tidak mudah untuk beraksi bersama Tottenham.. Jadi akhirnya tiada kemungkinan untuk orang seperti saya untuk menyertai Spurs.." Atikah cukup respect dengan Vieira ini..

Okey ramai yang perasan yang Fabregas seakan-akan tidak gembira sewaktu menjaringkan gol menentang Wigan semalam.. Siapa yang tengok perlawanan semalam cuba ingat kembali sebelum Fabregas jaringkan gol tersebut dia ditackle dan jelas bergelut untuk selesa dengan kecederaannya itu..

Dan Atikah sejujurnya risau kerana nampak di riak wajahnya yang Fabregas tidak selesa.. Dan tanpa berfikiran negatif Atikah yakin yang Fabregas tidak nampak gembira sewaktu menjaringkan gol tersebut kerana dia bergelut dengan kecederaan lututnya itu..

Dan sepanjang perlawanan sebelum tackle tersebut Fabregas jelas happy dan sempat berkongsi perasaan gembira dengan 2 gol yang dijaringkan Vermaelen.. Jadi itulah sebab Fabregas jelas tidak gembira dengan golnya itu hasil dari siasatan Atikah.. Adios!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil