Prospek masa hadapan (Penyerang)

Disebabkan tiada apa-apa berita yang menarik perhatian Atikah hari ini.. Atikah mahu menyenaraikan penyerang prospek masa hadapan Arsenal dari skuad simpanan Arsenal.. Anda perlu tahu bukan hanya Sanchez Watt sahaja penyerang prospek masa hadapan Arsenal..

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapakan Luke Freeman ini.. Dan hebat sangat ke dia nie?? Penyerang berusia 17 tahun yang dilahirkan di Dartford, England ini dibeli Arsenal dengan harga 200 ribu pound dari Gillingham pada Januari 2008 sewaktu usianya baru 15 tahun..

Pada usia 15 tahun 233 hari.. Freeman muncul sebagai pemain termuda yang bermain di Piala FA apabila masuk mengantikan Efe Sodje semasa masih bermain di Gillingham.. Pada 8 April yang lalu Freeman telah menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal dan semakin mengukuhkan tempatnya dalam skuad simpanan pada musim 2009/2010..

Bagi pandangan Atikah dan hampir kesemua staf-staf skuad simpanan Arsenal mahu pun pengurusan Arsenal mengakui yang Freeman merupakan seorang penyerang prospek masa hadapan Arsenal dan England..

Rhys Murphy.. Penyerang berusia 18 tahun kelahiran Brighton, England ini diakui sebagai penyerang prolifik jika berjaya cergas sepenuhnya.. Namun Murphy sering diulit mimpi ngeri apabila sering mengalami kecederaan serius..

Hampir kesemua fan-fan Arsenal di England yang mengikuti perkembangan skuad simpanan Arsenal setuju yang Murphy merupakan penyerang prospek masa hadapan Arsenal jika berjaya mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan serius..

Patutkah Atikah senaraikan Jay Simpson nie?? Hampir kesemua fan Arsenal mengenali Simpson dan mengetahui kemampuannya.. 2 gol dalam 3 pernampilannya bersama Arsenal musim lepas di mana 2 kali sebagai pemain gantian sudah cukup membuktikannya..

Simpson yang kini dipinjamkan ke Queen's Park Rangers (QPR) diakui Wenger sebagai seorang penyerang berbakat besar.. Simpson yang dilahirkan di London kini sudah berusia 20 tahun dan masih belum diserapkan ke skuad utama Arsenal.. Simpson mula menyertai Arsenal sejak berusia 9 tahun dan mampu beraksi sebagai pemain penyerang mahu pun pemain sayap..

Atikah pun tidak pasti mengapa Wenger masih belum menyerapkannya dalam skuad utama Arsenal.. Menurut Wenger dengan meminjamkannya.. Ianya mampu membantu Simpson lebih berpengalaman dan lebih berkeyakinan.. Atikah tertanya-tanya bilakah agaknya Simpson akan beraksi dengan lebih kerap bersama skuad utama Arsenal..

Gilles Sunu.. Penyerang berusia 18 tahun kelahiran Togo ini dianggap 'the new Henry' oleh presiden bekas kelabnya.. Sunu dibeli Arsenal dengan harga sekitar 950 ribu pound pada tahun 2007 selepas berjaya menarik perhatian bekas pemain Arsenal yang kini scout Arsenal iaitu Gilles Grimandi..

2 gol dalam 3 pernampilan bersama skuad simpanan Arsenal musim ini telah membuatkan Wenger memanggilnya dalam kempen piala Carling namun gagal memberikan banyak impak sebelum Wenger mengeluarkannya untuk membawa masuk Vela..

Namun bagi kebanyakan fan-fan Arsenal yang memerhatikan perkembangan skuad simpanan Arsenal termasuk Atikah sendiri tidak bersetuju dengan gelaran the new Henry itu.. Kerana Sunu tidak mempunyai banyak skill tetapi cukup handal di udara dan mempunyai ciri-ciri penyerang yang mampu menyinar dan digeruni di EPL..

Sanchez Watt.. Peyerang berusia 18 tahun yang dilahirkan di London, Engalnd ini menarik perhatian banyak pasukan termasuklah Barcelona yang dikatakan bersedia membawanya ke Nou Camp namun perpindahannya ke Barcelona tidak pernah terjadi..

Watt yang mampu beraksi sebagai pemain sayap mahu pun penyerang ini membuat kemunculan pertamanya bersama skuad utama Arsenal setelah beberapa kali diletakkan di bangku simpanan Arsenal semasa menentang West Brom dalam Piala Carling dimana Watt menjaringkan gol pertama perlawanan..

Bagi Atikah dan kepada sesiapa yang pernah menyaksikan Watt beraksi pasti bersetuju apabila Atikah katakan yang Watt mampu menjadi penyerang prospek masa depan Arsenal.. Di sini juga Atikah selitkan highlights Arsenal VS WBA pagi rabu hari itu dan juga video no.2 kejadian Wilshere dengan Thomas.. Adios..



Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil