Pre Match : Money City VS Arsenal

Arsenal akan bertandang ke Eastland untuk bertemu Man. City dan juga cuba membalas dendam kekalahan Arsenal 3-0 di Eastland musim lepas.. Dan Van Persie awal-awal lagi sudah mula menghangatkan perlawanan ini dengan menegaskan yang Man. City tidak mampu memenangi EPL musim ini..

Dan peminat-peminat Arsenal juga sudah semestinya tidak sabar untuk memboo Adebayor malam ini.. Namun Wenger meminta peminat Arsenal supaya tidak memboo Adebayor.. Atikah setuju tetapi cuma di Eastland jelah.. Dekat Emirates Stadium nanti bukan boo je Atikah bagi.. Pizza pun Atikah bagi nanti..

Malam ini siaran langsung akan disiarkan di Astro ESPN saluran 812 pada jam 9.30 malam ini.. Sebelum Atikah terlupa.. Atikah nak memohon maaf disebabkan kesilapan Atikah memberitahu yang Arshavin sebenarnya akan berehat selama 1 minggu sahaja.. Okey mari kita lihat bayangan kesebelasan utama Arsenal di mana Atikah yakin Wenger akan gunakan formasi 4-3-3..

ALMUNIA
SAGNA------GALLAS-------VERMAELEN------CLICHY
FABREGAS-------SONG------DENILSON
BENDTNER------VAN PERSIE-----EDUARDO

Rosicky mungkin akan masuk dalam separuh masa kedua.. Atikah rasa ketiadaan Arshavin masih belum mampu untuk melumpuhkan Arsenal memandangkan sebenarnya Fabregas merupakan nadi Arsenal musim ini.. Lagi pun kita dah dapat kembali Eduardo..

Benteng Man. City musim ini dalam 3 perlawanan masih belum ditembusi.. Namun cuba kita ingat lagi pada tahun 2007 di mana Fabregas menembusi gawang Man. City yang sekian lama tidak ditembusi.. Jadi tidak mustahil jika Fabregas berjaya mengulanginya lagi..

Wenger juga sempat memuji fan-fan Arsenal yang memilih Vermaelen sebagai pemain terbaik bulan Ogos dan juga mengatakan Vermaelen & Gallas yang berada dalam top 2 tersebut menunjukkan yang pertahanan Arsenal cukup stabil..

Malam ini juga fan-fan Arsenal akan melihat siapakah kapten terbaik.. Toure atau pun Fabregas.. Atikah predict malam ini Arsenal akan menang 3-0.. Fabregas skor 2 gol dan Eduardo skor 1 gol.. Go Arsenal malukan Toure, Adebayor dan Man. City malam ini!! Harap-harap Arsenal menang lebih dari 3 gol.. Dan pastikan cleensheet.. Kalau ada bolos harap-harap dari Stephen Ireland.. Adios!!

Comments

  1. kecewa lagi.. 2-4. aduh.. bkn gua xleh terima. benda yg gua agak akan terjadi dh pn terjadi. arsenal ni masalah dia sama je tiap season. injured..injured..injured. bila ada player yg injured, xda player yg setanding bole cover tempat dia. wenger sepatutnya bila dh jual player (ade n toure) duit tu buat la modal beli player lain. skuad arsenal semakin pincang bila ada yg injured. TOLONG LAH ATIKAH.. benda yg sama je tiap2 season.. aduh.. - mode gunners -

    ReplyDelete
  2. cuba la tgk perbezaan mata kita ngan chelsea??? sayup je gua tgk.. mcm dah xda harapan dah lagi.. tp gua tau masih byk lg game.. tp kena ingat, player injured pn akan berulang lagi pasni. lepas ni siapa la pulak.. aduhai arsenal ku.. - mode gunners -

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil