18 September 2009

Pre Match : Arsenal VS Wigan

Sebelum Atikah buat pre match ini Atikah ada berita tentang Chamakh.. Wenger mendedahkan yang dia bersedia membeli Chamakh pada musim perpindahan Januari nanti jika Arsenal perlukannya.. Dan tidak mustahil juga Chamakh akan menjadi pemain Arsenal disebabkan Wenger memang mahukan Chamakh.. Dan mungkin juga Wenger akan melakukan tawaran kepada Bordeaux nanti..

Arsenal akan menanti kunjugan Wigan di Emirates Stadium pada pukul 9.55 malam ini dengan siaran langsung di Astro ESPN.. Dan sebelum perlawanan ini Vermaelen akan mendapat anugerah pemain terbaik bulan Ogos..

Van Persie yang mengalami kecederaan lutut dan terlepas aksi menentang Champions League disahkan cergas sepenuhnya dan melepasi ujian kecergasan.. Sementara Almunia yang kembali berlatih tidak akan beraksi hari ini kerana masih belum cergas sepenuhnya.. Begitu juga dengan Arshavin yang tidak akan beraksi hari ini dan hanya akan kembali minggu depan.. Mari kita teruskan dengan bayangan kesebelasan utama malam ini..

MANNONE
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
BENDTNER-----FABREGAS-----SONG-----ROSICKY-----DIABY
VAN PERSIE

Atikah yakin Wenger akan menggunakan formasi 4-5-1 malam ini dengan Eduardo mungkin akan terus berada di bangku simpanan.. Namun Atikah lebih suka jika Wenger gunakan formasi 4-3-3.. Tapi itu semuanya terletak di tangan Wenger.. Atikah harap malam ini kita dapat membelasah Wigan untuk mencerahkan peluang kita memenangi liga musim ini..

Jangan lupa saksikan perlawanan Arsenal VS Wigan pada pukul 9.55 malam waktu Malaysia di Astro ESPN saluran 812.. Atikah predict Arsenal menang 3-0.. Adios Amigos!! Go Gunners!!

Opps.. Terlupa pulak.. Atikah nak ucapkan Selamat Hari Raya yang akan menjelma esok.. InsyaAllah kalau nampak anak bulan.. Bermaaf-maafanlah di hari raya ini.. Dan Atikah juga nak memohon maaf kalau ada silap dan salah.. Adios!!

2 comments:

  1. huhu.. harap2 la menang malam nih~
    ntah dapat tgk ke x.. nk kene g takbir raya lagi malam nih~
    :p

    ReplyDelete
  2. harap menang 3 - 0 nonton sambil makan lemang ...he he he
    kalu kalah tak semangat raya..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan