Pre Match : Arsenal VS West Brom


Arsenal akan membuka tirai Piala Carling dengan menentang West Bromwich Albion pada 2.45 pagi ini.. Sayangnya tiada live di astro.. Siapa yang rajin mencari streaming bolehlah bersengkang mata..

Wenger mengesahkan yang Szczesny akan membuat debut pertamanya dalam skuad utama apabila akan ditugaskan mengawal gawang Arsenal semasa perlawanan pembukaan Piala Carling menentang WBA dan kesemua perlawanan Piala Carling..

Carlos Vela disahkan Wenger telah cergas sepenuhnya dan akan mengetuai jentera serangan Arsenal awal pagi ini.. Ini merupakan kemunculan pertama Vela musim ini bersama Arsenal selepas pulih dari kecederaan buku lalinya..

Senderos juga disahkan akan kembali berada di benteng pertahanan Arsenal sejak may 2008 yang lalu dan berkemungkinan akan menjadi kapten pasukan dalam perlawanan menentang WBA awal pagi ini..

Aaron Ramsey akan berada di kesebelasan utama Arsenal awal pagi ini selepas Wenger sendiri mengesahkan Ramsey akan beraksi awal pagi ini..

Gibbs masih kekal di bek kiri Arsenal dalam kempen piala Carling musim ini.. Namun mungkin juga Gibbs akan beraksi di posisi sayap kiri memandangkan Traore juga akan turut serta dalam skuad Arsenal menentang WBA awal pagi ini..

Jack Wilshere seperti dijangkakan akan terus bersama skuad piala Carling Arsenal musim ini.. Inilah tempatnya untuk Wilshere meneruskan aksi memukaunya untuk membantu Arsenal menjulang piala Carling yang kali terakhir dijulang Arsenal pada tahun 1993..

Silvestre akan menjadi gandingan Senderos di bahagian pertahanan tengah Arsenal dalam kempen piala Carling musim ini.. Inilah masanya untuk mereka membuktikan gandigan mereka mampu memback up Gallas dan Vermaelen..

Dan Armand Traore juga akan beraksi awal pagi ini.. Jadi mungkin Gibbs akan beraksi di posisi sayap kiri dengan Traore mengisi tempat di bahagian bek kiri Arsenal.. Namun ianya terpulang kepada strategi Wenger..

Itu sahaja apa yang Wenger beritahu spy Atikah tentang pemain skuad utama yang akan beraksi malam ini.. Namun Atikah x pasti siapa dari skuad simpanan akan menyertai pemain skuad utama ini untuk mengembalikan Piala Carling ke Arsenal.. Adios!!

Comments

  1. ada streaming live kat sini http://www.justin.tv/jonse02

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil