Pre Match : Arsenal VS Olympiakos

Awal pagi ini Arsenal akan menentang Olympiakos dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Champions League.. Berita baiknya ialah perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Star Sports pada pukul 2.40 pagi ini.. Baiklah mari kita mulakan artikel ini dengan berita kecederaan dulu..

Denilson disahkan akan berehat selama 2 bulan apabila kecederaan belakangnya bertambah teruk.. Mengikut Wenger, belakang Denilson mengalami sedikit keretakan.. Kerana itulah Denilson akan terlepas aksi selama 2 bulan..

Atikah yang masih di North London sedikit terkejut apabila Atikah mendengar berita yang Bendtner mengalami kemalangan.. Dan nasib baik menyelubungi Bendtner apabila berjaya terlepas kemalangan yang mampu meragut nyawanya itu.. Itulah yang dikatakan paramedik yang merawat Bendtner..

Semuanya berlaku apabila Bendtner yang mahu pergi ke padang latihan Arsenal terbabas.. Menurut saksi kejadian.. Bendtner membawa kereta dengan perlahan.. Dan saksi tersebut mengatakan mungkin Bendtner sedikit hilang fokus sehingga hilang kawalan..

Atikah sebab bertanyakan kepada polis tentang kemungkinan Bendtner akan didakwa kerana memandu dengan cuai.. Tetapi polis tersebut mengesahkan yang mereka tidak akan mengambil tindakan selanjutnya memandangkan hanya kereta Bendtner yang terlibat..

Disebabkan kemalangan itu.. Bendtner disahkan akan terlepas aksi pada awal pagi ini walaupun Bendtner tidak mengalami kecederaan teruk.. Nasib baiklah Bendtner tidak mengalami kecederaan teruk selepas kemalangan ini.. Memang nasib Bendtner sangat-sangat bernasib baik..

Sebelum ini Arsenal telah pun kehilangan Fran Merida yang ke Mesir untuk mewakil Sepanyol dalam kempen Piala Dunia U-20.. Atikah yang sempat menyaksikan perlawanan Sepanyol menentang Nigeria semalam agak tertarik dengan permainan Merida..

Merida muncul wira pada perlawanan itu selepas menjaringkan 2 gol.. Namun kehebatannya itu sedikit tercalar apabila melakukan terjahan keras sehingga dilayangkan kad kuning.. Sepanjang 2 perlawanan berlangsung.. Merida telah meledak 3 gol!!

Sudah semestinya Merida mahu menunjukkan keupayaannya kepada Wenger supaya dia disenaraikan penganti di bahagian tengah Arsenal daripada Ramsey.. Seorang lagi pemain yang ke Piala Dunia U-20 ialah Justin Hoyte yang mewakili England..

Okey.. Itu sahajalah berita terkini skuad Arsenal sebelum perlawanan menentang Olympiakos awal pagi ini.. Jangan lupa.. Pukul 2.40 pagi ini ada live perlawanan ini di Astro Star Sports.. Di sini Atikah akan berikan bayangan pemain kesebelasan utama pagi ini..

MANNONE
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----ROSICKY
ARSHAVIN-----VAN PERSIE-----EDUARDO

Atikah predict malam ini Arsenal akan menang 3-0.. Adios!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil