25 September 2009

Pre Match : Arsenal VS Fulham

Sebelum Atikah buat pre match.. Atikah nak ucapkan selamat hari jadi kepada Gibbs yang genap berusia 20 tahun hari ini.. Atikah x pasti sama ada Wenger akan menurunkan Gibbs sempena hari jadinya atau tidak.. Atikah x kisah kalau Gibbs main menentang Fulham kerana Clichy dan Gibbs sama-sama hebat.. Cuma pengalaman yang membezakan..

Van Persie yang masih dalam keraguan semakin marah dengan Adebayro apabila menberitahu yang Adebayor tidak pernah meminta maaf kepadanya dan dia juga tidak meminta permohonan maaf dari Adebayor kerana tidak mahu membuang masa Encik Adebayor..

Pertembungan musuh London di antara Arsenal dan Fulham yang akan berlangsung di Craven Cottage pada pukul 12.30 tengah malam ini akan disiarkan secara langsung di ESPN.. Sebelum perlawanan ini Danny Murphy membangkitkan kemarahan fan Arsenal apabila mengatakan Arsenal lemah dan lembik..

Atikah berharap sangat pemain Arsenal yang beraksi malam ini membuatkan Danny Murphy memakan kembali apa yang dikatakannya.. Atikah rasa kemenangan 5-0 sudah cukup untuk membuatkan Danny Murphy tergamam dan memakan kembali apa yang dikatakannya.. Okey mari kita lihat bayangan kesebelasan utama Arsenal hari ini..

MANNONE/SZCZESNY
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY/GIBBS
FABREGAS-----SONG-----ROSICKY
EDUARDO-----VAN PERSIE-----ARSHAVIN

Vito Mannone atau Wojciech Szczesny?? Fan Arsenal di Arsenal Malaysia membuat keputusan dengan 64% undian memihak kepada Wojciech Szczesny untuk menjaga gawang Arsenal pada perlawanan menentang Fulham malam ini.. Tapi semuanya terpulang kepada mereka untuk memukau Wenger untuk memberikan mereka tugas menjaga gawang Arsenal malam ini..

Atikah rasa kemenangan 5-0 atau 3-0 malam ini sudah cukup untuk memuaskan fan-fan Arsenal dan memalukan Fulham terutama sekali Danny Murphy.. Go Gunners.. Bedil Fulham habis-habisan.. Jangan bagi mereka menang lagi seperti musim lepas.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan