17 September 2009

Nicklas Bendtner

Dalam artikel kali ini Atikah nak menceritakan tentang Nicklas Bendtner.. Ramai yang meragui kemampuannya.. Namun Atikah sama sekali tidak pernah meragui kemampuannya sejak kali pertama Atikah mengenali Bendtner sebagai pemain Arsenal.. Kalau tidak silap Atikah pada musim 2007/2008..

Sewaktu kali pertama Atikah mengenali Bendtner.. Bendtner beberapa kali muncul super sub Arsenal.. Menjaringkan gol penting untuk Arsenal.. Sama ada seri ataupun kemenangan.. Namun apa yang dilakukan Bendtner selama ini masih belum mampu memuaskan hampir kesemua fan Arsenal..

17 perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama dan 23 kali diturunkan sebagai pemain gantian tidak menghalang dari Bendtner meledak 9 gol.. Dan beberapa gol yang dijaringkan Bendtner sepanjang musim 2007/2008 itu memberikan beberapa mata penting untuk Arsenal..

Musim 2008/2009 pula.. Bendtner menunjukkan kemajuan dengan menjaringkan 15 gol dalam 27 perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama dan 23 kali sebagai pemain gantian.. Dan prestasi Bendtner jauh lebih membanggakan berbanding Adebayor sepanjang musim lepas.. Dan pada penghujung musim 2008/2009.. Wenger lebih kerap meletakkan Bendtner sebagai pemain sayap..

Walaupun sering diletakkan sebagai pemain sayap dimana posisi ini bukanlah posisi kegemarannya.. Walaupun beberapa kali merungut mahukan posisi lebih ketengah.. Namun Bendtner tetap menunjukkan prestasi yang baik..

Dan Bendtner juga bijak menggunakan kelebihannya iaitu ketinggiannya dengan menggunakannya sejak akhir-akhir ini untuk membantu bahagian pertahanan.. Dan kepantasan yang tidak kurang hebatnya banyak membantu mengisi kekosongan roket TW14 Arsenal..

Kemerosotan prestasi Bendtner pada pertengahan liga musim lepas meyebabkan Bendtner diboo fan-fan Arsenal.. Namun Bendtner tidak pernah berputus asa untuk kembali memikat hati peminat Arsenal.. Dan sejujurnya Atikah sememangnya kecewa apabila prestasi Bendtner merosot..

Atikah tidaklah berkata yang Bendtner merupakan penyerang terbaik dunia buat masa sekarang ini.. Tetapi jika Bendtner lebih tajam di hadapan pintu gol sudah semestinya ianya tidak mustahil untuk Bendtner muncul sebagai penyerang terbaik dunia..

Umur Bendtner baru sahaja 21 tahun.. Masih banyak perlu dimprovekan lagi.. Tetapi Atikah kecewa dengan sikap segelintir fan-fan Arsenal yang masih meragui kemampuan Bendtner.. Berikan Bendtner masa.. Bendtner masih muda dan masih banyak perlu dipelajarinya..

Sekurang-kurangnya Bendtner tidak pernah berputus asa untuk muncul sebagai penyerang terbaik Arsenal.. Perlawanan menentang Standart Liege pagi tadi membuktikan yang Bendtner punya kualiti dan cukup lincah apabila diletakkan sebagai pemain penyerang..

Jadi Atikah harap fan-fan Arsenal berhentilah mengutuk Bendtner apabila dia gagal menjaringkan gol.. Kita perlu ambil kira di posisi manakah dia beraksi.. Dan apa jenis sumbangan yang dilakukannya sepanjang perlawanan tersebut.. Berikanlah masa dan peluang untuk Bendtner.. Atikah yakin Bendtner akan membuktikan kualitinya dalam masa terdekat ini.. Adios!!

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan