12 September 2009

Lupakan kekecewaan di Manchester

Atikah x akan buat post match game semalam.. Kerana objektif utama Atikah sekarang ini ialah melupakan apa yang terjadi di Manchester.. Dan Atikah harap pemain-pemain Arsenal akan membuka buku baru dalam saingan EPL semasa menentang Wigan minggu depan..

Atikah sebenarnya kecewa dengan Clichy, Sagna, Song dan Diaby.. Kenapa Atikah kecewa dengan Clichy.. Sebab Clichy mudah kehilangan bola dan gagal untuk mengawal ketat Wright Phillips.. Ianya sebenarnya berpunca dari Diaby..

Diaby yang ditugaskan mengantikan posisi Arshavin gagal melakukannya dan lebih beraksi sebagai pemain tengah berbanding pemain sayap kiri.. Dan ini sudah semestinya memaksa Clichy beraksi di dua posisi iaitu Bek dan sayap kiri..

Dan apabila Clichy naik dan kehilangan bola.. Tiada siapa yang memback up Clichy berbanding apa yang dilakukan Arshavin dahulu.. Jika Clichy naik terlalu atas.. Arshavin pasti akan bersedia memback up Clichy.. Dan cukup jelas Arsenal agak tempang di bahagian kiri..

Song pula masih mencari-cari prestasi sebenarnya apabila gagal membaca corak permainan seperti yang dilakukannya akhir musim lepas.. Dan tackle Song juga tidak kemas.. Sagna pula.. Entah bagai hilang punca.. Membiarkan Bellamy tanpa dikawal memang mengundang padah..

Tapi gandingan Gallas dan Vermaelen masih mengkagumkan Atikah.. Gallas dan Vermaelen bertahan dengan cemerlang dan beberapa kali juga hampir mampu menjaringkan gol.. Fabregas, Van Persie dan Bendtner beraksi cemerlang..

Kemasukan Rosicky mengantikan Denilson pada separuh masa kedua jelas memberikan impak besar.. Namun ianya tidak bertahan lama.. Eduardo yang masuk mengantikan Song.. Gagal untuk melakukan sesuatu.. Tetapi Atikah cukup kecewa sebab Wenger x membawa masuk Ramsey untuk mengantikan Diaby..

Jika Ramsey masuk Atikah yakin Arsenal mampu melakukan sesuatu.. Tetapi bukanlah bermaksud Diaby tidak beraksi cemerlang.. Namun di saat kita ketinggalan.. Kita perlukan seorang pemain yang mampu bertahan dan menyerang..

Diaby bukanlah salah seorang darinya.. Kita boleh lihat baru saja bertahan dan jaringkan gol sendiri.. Dan Wenger sendiri mengakui pasukannya banyak bertahan berbanding menyerang.. Atikah x fahamlah kenapa Wenger gunakan formasi 4-5-1 semalam..

Kerana formasi itu sering memberikan mimpi buruk untuk kita berbanding 4-3-3.. Atikah harap Wenger akan lebihkan menyerang seperti yang dilakukannya dalam perlawanan sebelum ini.. Kemenangan besar menentang Standart Liege minggu depan sahaja yang mampu mengubat kekecewaan fan-fan Arsenal..

Atikah juga berharap Wenger tidak melakukan eksperimen lagi sepanjang musim ini.. Dan tolonglah Wenger.. Kami dah x sanggup lagi nak kecewa dengan prestasi Arsenal.. Jadi tolonglah mulakan buku baru yang akan dipenuhi dengan keceriaan..

Kalau tidak.. Atikah x akan sokong Arsenal lagi.. Atikah akan berikan komitmen 200% Atikah kepada Arsenal Ladies.. Dan mungkin 50% saja kepada pasukan Arsenal lelaki.. Tolonglah Wenger.. Berapa lama lagi nak biarkan fan Arsenal gembira dengan pencapaian pasukan Arsenal Ladies??

Kami pun nak lihat pasukan Arsenal menang dan menutup mulut pengkritik.. Kami dah x tahan lagi.. Tolonglah jangan kecewakan fan Arsenal lagi.. Jadi Atikah amat-amat berharap yang Wenger menyedari sesuatu di sebalik 2 kekalahan di Manchester ini.. Masih belum terlambat untuk memperbetulkannya.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan