29 September 2009

liga juara-juara : arsenal 2 - 0 olympiacos

Gol oleh Van Persie dan Arshavin lewat pagi semalam telah membolehkan Arsenal menjadi pendahulu untuk kumpulan H.

Sudut Positif
  1. Penyerang sudah mula menjaringkan gol secara konsisten. Berbanding perlawanan-perlawanan terdahulu di mana kebanyakan gol hadir melalui pemain pertahanan (Gallas dan Vermaelen), Van Persie sudah menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut.
  2. Vito Mannone semakin kebal di gawang. Walaupun tidak banyak diuji dalam perlawanan semalam, beliau masih mampu bertindak cemerlang termasuk menepis bola menggunakan hujung jari dalam satu-satunya percubaan tepat Olympiacos ke arah gol.
  3. Pemain-pemain yang sering dikritik dalam dua-tiga perlawanan sebelum ini bermain dengan agak baik. Diaby hampir-hampir menjaringkan gol, Clichy sudah mula menemui sentuhan sebagai pemain pertahanan menyerang, Ebou nampak lebih meyakinkan di pertahanan kanan.
Sudut Negatif

  1. Arsenal membuat 22 percubaan ke arah gol dengan hanya 12 percubaan tepat ke sasaran. Gol-gol pula hanya hadir pada lewat permainan.
  2. Van Persie dan Fabregas dikenakan kad kuning kerana melakukan terjahan yang sepatutnya boleh dielakkan.
Keseluruhannya, Arsenal bermain dengan corak permainan yang jauh lebih baik berbanding perlawanan dengan Fulham. 3 mata yang sememangnya layak untuk Arsenal.

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan