Last Minute Goal

2 gol pada 15 minit terakhir termasuk masa tambahan membolehkan Arsenal mengutip 3 mata penuh.. Terima kasih kepada jaringan Van Persie dan Arshavin.. Keseluruhannya Arsenal beraksi cemerlang kecuali Diaby yang seketika bagus dan seketika menyakitkan hati apabila mudah kehilangan bola..

MANNONE
EBOUE-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
ROSICKY------FABREGAS------SONG------DIABY------ARSHAVIN
VAN PERSIE

Itulah barisan kesebelasan utama Arsenal awal pagi tadi.. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0 walaupun Arsenal melakukan banyak percubaan tepat ke gawang Olympiakos.. Kemasukan Eduardo mengantikan Rosicky pada separuh masa kedua masih belum mampu memberikan impak..

Namun akhirnya Wenger mengeluarkan Diaby untuk membawa masuk Vela.. Keluarnya Diaby bagaikan memberi nafas baru untuk Arsenal apabila gerakan yang dimulakan Fabregas kepada Eduardo yang memperdayakan penjaga gol sebelum pass kepada Van Persie untuk mudah menolak masuk gol pertama perlawanan pada minit ke 78..

Kemudian Wenger mengeluarkan Van Persie dan membawa masuk Aaron Ramsey.. Gerakan yang dimulakan Arshavin yang melorongkan bola kepada Ramsey sebelum Ramsey memberikan bola kepada Fabregas.. Fabregas melakukan hantaran tepat ke Arshavin sebelum Arshavin melakukan back heel untuk gol kedua perlawanan pada minit ke 86..

Namun sejujurnya Arshavin telah pun offside.. Dan Wenger sendiri mengakuinya.. Tetapi Atikah rasa ianya patut gol apabila pada separuh masa pertama pengadil tidak menghadiahkan penalti kepada Arsenal apabila bola telah terkena tangan pemain Olympiakos..

Okey semalam juga skuad simpanan Arsenal menentang skuad simpanan Olympiakos di London County (padang latihan Arsenal) dan menang 3-1 hasil jaringan Gilles Sunu, Emmanuel Frimpong (penalti) dan Rhys Murphy.. Antara pemain skuad utama yang beraksi menentang Olympiakos semalam ialah Traore dan Wilshere..

Tetapi yang paling mencuri tumpuan ialah kepulangan Walcott bersama Arsenal.. Walcott beraksi selama 60 minit.. Dan Wenger mengesahkan yang Walcott akan beraksi menentang Blackburn pada hari Ahad ini..

Okey skuad lelaki Arsenal telah pun berjaya memenangi perlawanan kedua peringkat kumpulan Champions League.. Awal pagi ini pula skuad wanita Arsenal akan bertandang ke Greece untuk menentang PAOK dalam peringkat kalah mati Champions League.. Atikah harap skuad Arsenal Ladies akan menang untuk bawa bekalan selesa sebelum menanti kunjungan mereka di Boreham Wood FC.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil