28 September 2009

Kisah Arshavin

Okey selepas perlawanan diantara Arsenal Ladies dan Birmingham semalam.. Atikah sempat mengunjungi Arshavin bersama-sama spy Atikah di rumahnya.. Ini bukan beraya okey.. Cuma bertanyakan khabar kepada Arshavin sambil bermain-main dengan anaknya.. Mari ikuti temu bual Atikah bersama Arshavin..

Atikah : Bagaimana kehidupan anda di London sekarang ini?? Sudah menyesuaikan diri?? Dan bagaimana dengan masalah makanan itu??

Arshavin : Saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini sepenuhnya.. Tapi saya tetap puas hati dengan perjalanan karier saya bersama Arsenal.. Kehidupan di sini amat berbeza dari Rusia.. Di sini anda kerap menggunakan kad kredit.. Sebaliknya di Rusia saya lebih kerap membayar tunai.. Tentang masalah makanan saya ini sudah pun diselesaikan..

Atikah : Walaupun menghadapi sedikit masalah kehidupan di sini.. Tetapi Arshavin berjaya beraksi cemerlang semasa bersama Arsenal pada musim pertama Arshavin di sini.. Bagaimana ini boleh berlaku..

Arshavin : Kebanyakan pemain dari timur tengah yang datang bermain di sini telah mempamerkan aksi cemerlang.. Saya mampu menunjukkan serba sedikit kebolehan saya dalam masa empat bulan sahaja musim lepas.. Tapi saya juga sedar perkara ini hanya sementara saja kerana setiap pemain yang baru tiba akan bermain mengikut perasaan bukan kualiti.. Sebenarnya karier saya bersama Arsenal bermula musim ini..

Atikah : Adakah Arsene Wenger sedikit sebanyak mempengaruhi permainan Arshavin??

Arshavin : Ya.. Beliau mengubah posisi permainan saya.. Di Arsenal di bahagian tengah kiri.. Kebiasaannya saya bermain secara bebas di kanan atau kiri serangan.. Tapi posisi saya di Arsenal cukup berbeza.. Namun saya tidak kisah walaupun pada mulanya agak sukar sebenarnya..

Atikah : Sebenarnya apakah posisi kegemaran Arshavin??

Arshavin : Di mana-mana sahaja bahagian serangan.. Sama ada di kiri, kanan atau tengah.. Terpulang kepada formasi yang diaturkan Wenger.. Kualiti saya ialah menyerang bukan bertahan..

Atikah : Pasukan manakah yang Arshavin rasa paling sukar untuk berhadapan di EPL??

Arshavin : Ia bergantung kepada keadaan kerana semua pasukan di EPL handal-handal belaka.. Emm.. Tapi saya pilih Fulham sebab mereka cukup berdisiplin dan corak permainan mereka tersusun.. Mereka jarang memberikan peluang kepada anda bergerak bebas..

Atikah : Di antara Liverpool dan Manchester United.. Pasukan manakah paling sukar??

Arshavin : Saya rasa Liverpool ialah pasukan yang paling sukar ditentang berbanding Manchester United..

Atikah : Adakah Arshavin menganggap yang musim 2009/2010 ialah musim yang paling ideal untuk Arshavin??

Arshavin : Saya tak terfiki tentang itu.. Apa yang saya fikir ialah memenangi piala untuk Arsenal dan saya yakin saya boleh lakukannya..

Atikah : Adakah anda rasa Arsenal perlukan seorang pemain berpengalaman luas untuk memimpin skuad sedia ada??

Arshavin : Semua orang kata begitu.. Tetapi pada pendapat saya ialah pemain sedia ada sekarang ini sudah mencukupi..

Atikah : Apakah pandangan Arshavin tentang kepimpinan Fabregas??

Arshavin : Fabregas adalah seorang kapten yang baik.. Cuma beliau jarang menunjukkan emosinya di atas padang.. Tapi percayalah.. Beliau CUKUP TEGAS DI BILIK PERSALINAN!!

Atikah : Apakah kenangan manis Arshavin di liga EPL??

Arshavin : Ada 2 perlawanan yang membuatkan saya gembira sehingga hari ini.. Satu perlawanan ialah semasa menjaringkan 4 gol di Anfield musim lepas semasa menentang Liverpool.. Dan yang kedua ialah semasa gagal menjaringkan sebarang gol semasa membelasah Everton 6-1..

2 comments:

  1. huhu.. temuramah Arshavin tuh..
    tp baik cepat2 padam gambar mencarut tuh..
    x manis~

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan