Khabar dari North London

Andrei Arshavin memberi khabar gembira apabila disahkan akan beraksi pada perlawanan menentang Fulham esok selepas pulih dari kecederaan groin.. Ini sudah semestinya membuatkan Wenger mengunakan formasi 4-3-3 semasa menentang Fulham esok..

Peluru perbandu Arsenal.. Iaitu Theo Walcott disahkan telah menjalani latihan bersama rakan-rakannya yang lain.. Namun mungkin fan Arsenal terpaksa menunggu beberapa perlawanan lagi sebelum Walcott akan kembali beraksi selama 90 minit..

Kepulangan Arshavin dibayangi dengan kemungkinan Van Persie tidak akan beraksi menentang Fulham esok selepas tahap kecergasannya diragui.. Namun semuanya akan terjawab esok semasa Van Persie melalui ujian kecergasan sebelum perlawanan esok..

Wenger mengesahkan yang Almunia tidak akan beraksi menentang Fulham esok apabila masih belum cergas sepenuhnya.. Ini memaksa Wenger membuat keputusan untuk terus memberi kepercayaan kepada Mannone atau pun beri peluang kepada Szczesny yang beraksi cemerlang menentang West Brom pagi rabu lalu..

Vito Mannone yang mencatat cleen sheet yang pertama dalam EPL berpeluang cerah untuk terus berada di gawang Arsenal menentang Fulham esok.. Namun Atikah sedikit risau memandangkan Mannone tidak cekap membaca perlawanan.. Ini sudah semestinya dipergunakan Fulham dalam set piece.. Dan mungkin Hangeland akan mengecewakan kita sekali lagi..

Wojciech Szczesny yang menjadi punca Arsenal berjaya menewaskan West Brom 2-0 awal pagi rabu lalu.. Sudah semestinya akan memberikan saingan sengit kepada Mannone hasil persembahan memukaunya menyelamatkan gawang Arsenal dari dibolosi..

Namun berdasarkan umur.. Mannone berusia 21 tahun berbanding Szczesny yang masih muda dan baru berusia 19 tahun.. Tetapi Atikah lebih gembira jika Szczesny yang beraksi di gawang Arsenal memandangkan aksi cemerlangnya di Piala Carling sudah cukup untuk memberikannya peluang untuk beraksi menentang Fulham esok..

Siapa pilihan anda untuk mengawal gawang Arsenal menentang Fulham esok.. Patutkah berikan peluang kepada Mannone sekali lagi yang masih belum mampu memberikan aksi memukau walaupun berjaya mencipta cleen sheet pertama dalam EPL.. Atau beri peluang kepada Szczesny yang beraksi cemerlang semasa menentang WBA awal pagi rabu lalu.. Anda boleh undi di ruangan Undian Anda.. Kerjasama anda amat Atikah alu-alukan.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil