17 September 2009

Giliran Fabregas

Sebelum Atikah ceritakan pasal Fabregas.. Atikah nak memberikan berita buruk pasal injury Denilson dan Almunia.. Wenger mendedahkan yang Van Persie akan beraksi pada perlawanan menentang Wigan esok.. Dan peluang untuk Arsavin beraksi esok hanya 10%..

Denilson yang semakin serasi bergandingan dengan Fabregas.. Dan lebih disenangi fan Arsenal berbanding Diaby.. Memberikan khabar buruk apabila kecederaan belakangnya mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh..

Tentang Walcott pula.. Wenger masih belum memberikan sebarang berita.. Atikah sendiri tidak dapat mengagakkan sama ada Walcott akan kembali atau tidak esok.. Dan semuanya bergantung pada tahap kecergasan Walcott sendiri..

Kecederaan dada Almunia masih belum sembuh sepenuhnya.. Ini bermakna Mannone akan meneruskan tugasnya di gawang Arsenal esok semasa menentang Wigan disebabkan kecederaan Almunia dan Fabianski masih belum pulih dari pembedahan lututnya..

Okey siapa yang menyaksikan perlawanan Arsenal menentang Man. City minggu lepas pasti menyaksikan terjahan Adebayor ke Fabregas yang hampir sahaja mematahkan kaki Fabregas.. Fabregas kali ini muncul sebagai pemain Arsenal yang seterusnya memaki Adebayor..

"Saya rasa ia perlukan kad merah.. Yeah, yeah, yeah, itu dari Adebayor.." Kata Fabregas sambil menunjukkan kesan dari tackle Adebayor tersebut.. Dan Fabregas juga sempat komen tentang bertapa bernasib baiknya dia kerana kakinya tidak patah selepas terjahan tersebut..

"Saya amat bernasib baik kerana kaki saya berada di udara semasa ianya berlaku.. Anda tahu ianya bola sepak dan ianya boleh berlaku.. Tetapi ini bukan bola sepak dan ianya boleh berlaku.. Apa yang saya lakukan sepanjang dia bersama Arsenal ialah mencipta peluang untuknya menjaringkan gol"..

"Saya rasa saya tidaklah layan dia dengan teruk.. Saya tidak tahu.. Ianya agak pelik.. Kami tidak fikirkan pasal dia lagi.. Dia tidak main bersama Arsenal jadi kami perlu fokus pada perlawanan dan pemain kami.."

"Tidak.. Tiada pemain yang pergi dan bersikap seperti ini.. (berkata tentang kelakuan Adebayor meraikan golnya).. Saya tidak tahu kenapa dia lakukan ini.. Kami selalu hormat dia, anda tahu.. Ianya sukar.. Dia ada pandangannya sendiri.. Anda perlu tanya dia.. Saya tidak tahu.."

Eboue yang merupakan teman rapat Adebayor menceritakan yang dia gembira kerana Adebayor diban.. Dan juga memberitahu yang Toure pergi ke bilik persalinan Arsenal sejurus tamat perlawanan itu untuk memohon maaf.. Dan mengakui mereka agak hairan dengan perangai Adebayor..

Juventus memberikan tamparan hebat buat Arsenal apabila bersedia bersaing dengan Arsenal musim depan untuk mendapatkan Chamakh secara percuma.. Dan Chamakh juga jelas gembira apabila dikaitkan dengan Juventus.. Arsenal atau Juventus akan menjadi pilihan Chamakh?? Hanya Chamakh yang tahu jawapannya.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan