01 September 2009

Eduardo digantung

Disebalik kekecewaan ramai fan Arsenal selepas pintu perpindahan ditutup dengan hanya Vermaelen di bawa masuk.. Fan Arsenal berduka sekali lagi apabila Eduardo disahkan akan digantung 2 perlawanan Eropah..

Surat rasmi tentang perkara ini akan dihantar kepada Arsenal pada hari Khamis ini.. Dan sumber dalaman Arsenal mengatakan yang mereka mungkin mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima surat tersebut..

Selepas menerima berita ini.. Spy Atikah pantas berjumpa dengan jurulatih Croatia iaitu Slaven Bilic.. "Ini mengaibkan.. Kita sedang bercakap tentang pemain yang merupakan role model dalam sukan.. Saya sememangnya tidak boleh faham bagaimana dia boleh didenda"..

Atikah yakin pengurusan Arsenal akan membuat rayuan tentang denda ini.. Tapi Atikah cukup kecewa disebabkan hanya Eduardo yang didenda berbanding Ronaldo yang berjuta-juta kali diving..

Dan sejumlah besar peminat-peminat Arsenal jelas kecewa dengan UEFA kerana tidak adil didalam kes Eduardo ini.. Dalam pada itu spy Atikah mendengar berita panas iaitu Arsene Wenger sekarang ini di Madrid dengan 70 juta pound di tangan..

Arsene Wenger menuju ke Real Madrid dalam proses untuk membida Rafael Van Der Vaart dalam angaran 10 juta pound.. Van Der Vaart sendiri pernah mengakui yang dia berminat untuk bermain di EPL dan jurulatih idolanya pula ialah Arsene Wenger..

Selepas itu.. Wenger akan ke Atletico Madrid dan akan membuat tawaran bernilai 60 juta pound kepada menantu Diego Maradona iaitu Sergio Aguero.. Atletico dikatakan akan melepaskan Aguero jika Arsenal bersedia memberikan Senderos..

Namun jika benar Aguero menyertai Arsenal.. Aguero tidak boleh beraksi bersama Arsenal dalam Champions League kerana sudah mewakili Atletico Madrid.. Namun Atikah tergaskan disini iaitu ini hanyalah rumours..

Atikah baru saja mengarahkan spy-spy terbaik Atikah untuk menginformkan sama ada ianya benar mahu pun tidak.. Tapi jika benar mereka ini hanya akan menyertai Arsenal pada musim sejuk nanti apabila tirai perpindahan dibuka kembali..

Dan sudah semestinya ia mengembirakan fan-fan Arsenal selepas kecewa apabila hanya Vermaelen dibawa masuk pada musim panas ini dan tiada last minute deal seperti kebiasaannya.. Adios!!

3 comments:

  1. baguslah. moralnya jangan menipu kalau x pandai menipu.

    ReplyDelete
  2. bnyk lg player dr team lain yg menipu~ np x bising??

    ReplyDelete
  3. kalau v.der vaart tu mungkin gua percaya la. tp kalau 60juta utk beli aguero, susah sikit la gua nak percaya. sebab gua tau wenger mmg tak kan bazirkan duit yg banyak utk sorg player je.. arsenal bukan macam man u harapkan 1 atau 2 player utk menang. arsenal main cara teamwork.. semua player yang main tu penting.. go gunners.. - mode gunners

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan