Dramatik Comeback

Dramatik comeback dari Arsenal selepas ketinggalan 2 gol dalam tempoh 5 minit pertama perlawanan hasil gol Mangala pada minit ke-2 dan penalti dari Jovanovic membuatkan fan-fan Arsenal tergamam buat sekian lamanya.. Sebelum Atikah mengulas lanjut Atikah senaraikan barisan kesebelasan utama Arsenal..

MANNONE
EBOUE-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY-----ROSICKY-----SONG-----FABREGAS-----EDUARDO
BENDTNER

Bendtner yang diberi kepercayaan Wenger beraksi sebagai penyerang beraksi cemerlang dan menjaringkan 1 gol sebelum tamat separuh masa pertama selepas menerima hantaran Diaby.. Gol tersebut jelas memberikan nafas baru buat Arsenal..

Thomas Vermaelen yang kembali ke Belgium menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 79 selepas menyudahkan hantaran Song dihadapan pintu gol.. Gol ini agak kontroversi apabila bola terkena tangan Song..

Eduardo muncul wira Arsenal apabila menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke 81 selepas corner dari Fabregas tepat menuju lutut Eduardo sebelum menerjah ke gawang Standart Liege.. Selepas gol tersebut fan-fan Arsenal mula bersorak keriangan disamping fan Standart Liege terkedu..

Namun kecermelangan Eduardo dilengkapi oleh aksi memukau dari Bendtner yang beberapa kali mengkucar-kacirkan pertahanan Standart Liege.. Dan hampir saja menjaringkan lebih dari 1 gol jika bukan kerana kecermelangan penjaga gol Standart Liege.. Jadi bagi pandangan Atikah Bendtner layak dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan..

Thomas Vermaelen meneruskan aksi cemerlangnya bersama Arsenal.. Dan kecermelangan Vermaelen ini sebenarnya banyak membantu Arsenal daripada dibolosi lebih dari 2 gol.. Dan Atikah yakin jika Vermaelen meneruskan aksi cemerlang ini tidak mustahil dia akan dipilih peminat sebagai pemain terbaik bulan september.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil